PERATURAN-PERATURAN

SEKOLAH MENENGAH ADELA, KOTA TINGGI

 

  1.   KEHADIRAN SEKOLAH

           1.1 Waktu persekolahan;

       Sidang pagi mulai 7.30 pagi hingga 1.05 petang

       Sidang petang mulai 1.05 petang hingga 6.40 petang

           1.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib

           1.3 Kehadiran akan diambil pada waktu pertama.

           1.4 Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit lebih dari satu hari perlu membawa surat Akuan Doktor.  Murid-murid  yang tidak hadir kerana sakit selama satu hari atau oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu/bapa/penjaga.

           1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa kebenaran atau alasan yang mustahak boleh dibuang sekolah.

           1.6 Murid-murid yang tidak mengikuti Pelajaran Pendidikan Jasmani atau Sukan hendaklah membuktikannya dengan Surat Akuan Doktor atau Surat Ibu bapa/penjaga.

           1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu belajar.

      Mereka yang hendak keluar hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua/G.P.K/Penyelia

      atau Guru Bertugas.

           1.8 Murid-murid yang hendak ke klinik/hospital hendaklah mengisi Borang Rawatan.  Murid yang telah dibenarkan ke Klinik hendaklah segera pulang ke sekolah seetelah mendapatkan rawatan dan menunjukkan surat yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan.

           1.9 Murid-murid yang dibenarkan keluar hendaklah mendapatkan Pas keluar dan memakainya sepanjang ianya berada di luar kawasan sekolah.

           1.10 seseorang murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain teempat hendaklah mendapatkan Pas keluar Kelas daripada guru yang mengajar pada masa itu.

 

  2.   PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

          2.1 Pakaian Murid Lelaki:

                     2.1.1 Seluar:

                                              (a)  Seluar panjang warna hijau gelap.

                                        (b) Kocek seluar mestilah dua di hadapan (bentuk potong serong) dan satu atau dua kocek dibahagian belakang (kocek dalam).

                                        (c) Lebar kaki seluar hendaklah melepasi satu genggaman tangan semasa dipakai

                                        (d) Seluar hendaklah tidak ketat (sila rujuk pada gambarajah).

                                        (e) Bagi mereka yang memakai saputangan, hendaklah dimasukkan keseluruhan saputangan  ke dalam kocek seluar.

                                        (f) Dilarang memakai seluar panjang “baggie” iaitu pehanya terlalu besar, semua jenis jeans dan kocek belakang bertampal.

                                        (g) Tali pinggang seluar lebarnya hendaklah 3cm.  Kepala tali pinggang yang besar atau berfesyen tidak dibenarkan.  Warna tali pinggang hanya hitam atau coklat sahaja.

                      2.1.2 Baju:

                                          (a) Baju putih (tanpa nampak kesan nila jika dinila) berlengan pendek atau panjang.

                                          (b) Sekiranya memakai baju beerlengan panjang, lengan baju dipergelangan tangan hendaklah dilipat dikancing dau hendaklah dilipat (sekiranya hendak dilipat) sehingga di atas sedikit dari paras siku.

                                          (c) Kocek baju hendaklah di atas dada sebelah kiri.  Hanya satu kocek sahaja dibenarkan.

                                          (d) Hanya butang berwarna putih sahaja dibenarkan.

                                          (e) Lencana dan tandanama hendaklah di pakai sebelah kanan bahagian atas dada.

                      2.1.3 Stokin (Sarung Kaki)

                                          (a) Stokin hendaklah berwarna putih sahaja.

                                          (b) Stokin tidak dilipat

                                          (c) Stokin mestilah 8cm (3 inci) dari buku lali.

                                          (d) jika dinila tidak nampak kesan nila (biru).

                     2.1.4 Kasut

                                        (a) Kasut getah atau kanvas berwarna putih sahaja tanpa corak (sama ada corak itu berwarna atau tidak berwarna) kecuali Pengawas Sekolah (tanpa corak).

                                        (b) Kasut getah atau kanvas yang bertali dan berpelekat sahaja dibenarkan.

                                        (c) Tali kasut hendaklah memenuhi ruang-ruang yang bertali.

                                        (d)  Kasut yang dinila tidak dibenarkan.

                                        (e) Ketinggian kasut mestilah di bawah paras buku laali.

                                        (f) Kasut yang menyeruipai potongan kasut perempuan tidak dibenarkan.

   2.2 Pengawas Lelaki:

                    (a) Dibenarkan memakai baju warna biru muda dan seluar panjang warna biru gelap serta bertali leher.

                 (b) . Selain daripada itu, pakaian Pengawas Lelaki juga adlah tertakluk kepada peraturan-peraturan pakaian murid lelaki.

2.3 Pakaian Murid Perempuan  

          2.3.1 Baju

                        (a) Memakai  baju kurung potongan tradisional leher Telok Belanga dan mesti dikancingkan dengan kemas.

                        (b) Laboh lengan mestilah mencecah pergelangan tangan.

                        (c) Tidak dibenarkan melipat lengan baju sehingga menampakkan lengan (mengikut situasi)

                        (d) Laboh baju di atas sedikit dari paras lutut.

                        (e) Baju berwarna putih (Jika dinils, tsnps menampakkan kesan nila).

                            (f) Baju mestilah longgar.

        2.3.2 Kain sarong

                      (a) Kain sarong berwarna biru.

                      (b) . Laboh kain mestilah di bawah paras buku lali.

        2.3.3 Stokin (Sarong Kaki)

                      (a) Stokin (Sarong kaki) hendaklah berwarna putih sahaja dan tidak berbelang.

                      (b) Stokin (Sarong Kaki) tidak dilipat.

                      (c) Stokin (Sarong Kaki) mestilah 8cm (3in.) dari buku laali.

                      (d) Jika dinila, tidak nampak kesan nila.

      2.3.4 Kasut

                     (a) Kasut getah atau kanvas berwarna putih sahaja tanpa corak (sama ada corak itu berwarna atau tidak berwarna) kecuali Pengawas Sekolah (tanpa corak0.

                     (b) Kasut getah atau kanvas yang bertali dan berpelekat sahaja dibenarkan.

                     (c) Tali kasut hendaklah memenuhi ruang-ruang yang bertali

                     (d) kasut yang dinila biru tidak dibenarkan.

                     (e) Ketinggian kasut mestilah di bawah paras buku lali.

                     (f) Kasut yang menyerupai potongan kasut lalaki tidak dibenarkan.

     2.3.5 tudung Kepala

                    (a) Memakai tudung kepala berwarna putih sahaja tanpa menampakkan kesan nila.

                    (b) Tudung kepala tidak bersulam dan memakai pin di kiri dan kanan tudung.

                    (c) . Laboh tudung kepala atas sedikit dari pusat.

 

  3.   PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI/SUKAN

          3.1 Murid lelaki dikehendaki memakai baju T-shirt atau singlet yang sesuai selain daripada seragam sekolah.

          3.2 Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan pen. Jasmani.

          3.3 Baju menjalankan pen. Jasmani murid-murid perempuan diwajibkan memakai baju T-shirt berlengan panjang.

          3.4 Baju dan seluar yang dipakai hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas, selesa dan yang dapat meresap peluh.

          3.5 Memakai baju panas mengikut warna rumah adalah digalakkan.

 

  4.   POTONGAN RAMBUT

          4.1 Murid lelaki tidak boleh berambut panjang.  Istilah berambut panjang:

                    (a) Di belakang: rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.

                    (b) Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi

                    (c) Di sebelah: rambut menutup kedua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung

                    (d) . Di atas: rambut lebih daripada 15 cm panjang

     4.2 Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti rambut “punk’, diwarnakan berekor, terjuntai di hadapan dan memakai jeli dengan tujuan fesyen.

     4.3 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpang misai, janggut atau jambang.

     4.4 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau mewarnakan kuku.

 

  5.   YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH

          5.1 Tiap-tiap murid wajib menjalankaan yuran-yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan.

          5.2 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah.  Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan, sama ada sengaja/tidak sengaja, murid/kumpulan yang terlibat akan dikenakan hukuman yang setimpal.

          5.3 Buku-buku Teks

                    (a) Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipinjam kepada murid-murid.

                    (b) Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan keselamatan buku tersebut.

                    (c) Murid-murid diwajibkan menyampul atau membalut buku-buku tersebut.

                    (d) Murid-murid dilarang mencontengkan atau mengotorkan buku itu.

                   (e(e) Murid dilarang merosokkan buku itu seperti menggunting gambar-gambar atau mana- mana bahagian dalam buku.

                    (f) . Murid-murid dilarang meningggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.

                    (g) . Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamtan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas, meminta ganti sama ada dengan buku yang lain atau membayar buku itu.

                    (h) Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku yang dipinjam itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.

                    (i) Murid-murid yang gagal menyeerahkan buku teks pada masa yang ditetapkan,   pihak sekolah berhak mengambil kes ke atas murid tersebut.

 

  6.   TATATERTIB

           6.1 Di Bilik Darjah

                      One. Murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

                      Two. Murid-murid hendaklah menghormati guru-guru pengawas-pengawas, ketua tingkatan dan rakan sejawat.

                      Three. Murid-murid dikehendaki beratur berdua-dua tanpa bising semasa:

                                       a.   naik rehat

                                       b.   berpindah ke kelas lain’

                                       c.   ke padang permainan/ke kebun

                                       d.   sebelum balik

             6.2 Di Perhimpunan

                       One. Perhimpunan sekolah akan diadakan tiap-tiap hari:

        Ahad    -  Istiadat

        Khamis  -  Separuh rasmi

                         Two. Perhimpunan boleh diadakan bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengetua.

                         Three. murid-murid dikehendaki hadir (wajib) dalam perhimpunan di tempat yang telah ditetapkan.

 

  7.   PERATURAN KHUSUS

      Murid-murid mestilah mematuhi peraturan-oeraturan khusus untuk:

          7.1 Bilik Makmal Sains

          7.2 Bilik ERT/Seni Perusahaan

          7.3 perpustakaan

          7.4 Kantin

          7.5 Sains Pertanian

          7.6 Koperasi

          7.7 Bilik Sembahyang

          7.8 Kawad kecemasan kebakaran di sekolah.

          7.9 Lain-lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

 

  8.   AMALAN IBADAT.

8.1     Murid-murid Islam digalakkan melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang ditetapkan.

8.2     Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan kesucian Agama Islam dan Agama-agama yang lain.

 

  9.   UJIAN PEPERIKSAAN   

Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran.

9.1     Kehadiran dalam semua peperiksaan/ujian adalah wajib.

9.2     Murid-murid hendaklah menjauhi sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.

9.3     Murid-murid yang mempersendakan dalam bentuk apa sekalipun akan dihukum.

9.4     Murid-murid hendaklah mematuhi arahan peperiksaan yang dikeluarkan.

 

10. KEGIATAN KOKURIKULUM.

10.1     Kegiatan ko-kurikulum ialah gerakkerja yang dijalankan oleh pelajar di luar masa pembelajaran di kelas seperti:-

1.        Persatuan/kelab

2.        Unit Beruniform

3.        Sukan/Permainan

10.2     Murid-murid dikehendaki mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu kegiatan dalam Persatuan/kelab, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan.

10.3     Murid-murid adalah wajib hadir untuk menjalankan kegiatan/latihan bagi kegiatan luar bilik darjah di mana ianya menjadi ahli.

10.4     Semasa mengikuti kegiatan/latihan ko-kurikulum, murid-murid hendaklah menunjukkan minat, bakat, kebolehan dan semangat pertandingan yang sihat serta mencuba untuk mencapai kejayaan.

 

11. KENDERAAN.

11.1    Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan.

11.2    Kenderaan itu hendaklah dikunci.

11.3    Murid-murid tidak dibenarkan menunggang kenderaan dalam kawasan sekolah.  Kenderaan yang dibawa hendaklah disorong bila masuk/keluar kawasan sekolah.

11.4    Kenderaan mestilah lengkap dan selamat digunakan.

 

12. LAWATAN & PELAWAT-PELAWAT.

12.1    Sesuatu lawatan ke dalam/ ke luar negeri oleh 5 orang  atau lebih murid- murid yang diiringi oleh guru/guru dianggap sebagai rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.

12.2    Ibubapa/Penjaga yang datang dan berhajat membawa murid berkenaan kerana sesuatu sebab darurat, maka kebenaran daripada Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

13. KEBERSIHAN.

13.1    Personaliti seseorang dapat dilihat daripada kebersihan diri dan pakaian yang bersih serta kemas.  Oleh itu murid-murid mestilah selalu menjaga: -

a)       Kebersihan diri terutama rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan.

b)       Kebersihan pakaian.

c)       Kebersihan alatan belajar.

13.2    Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemari kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah.

14. LARANGAN-LARANGAN

14.1    Murid-murid di bawah umur 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti  politik.

a)       merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik atau mana-mana parti atau pertubuhan politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya.

b)       Dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seseorang atau beberapa orang yang lain dalam sesebuah pilihanraya, berucap atau mengganggu mana-mana perjumpaanyang sah.

c)       Menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propagandabagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

14.2    Surat menyurat.

a)       Murid-murid dilarang mnulis surat kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis, di dalam atau di luar negeri.

b)       Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan sama ada di dalam atau di luar negeri yang bukan blok komunis endaklah melalui pengetua.

14.3    Murid-murid yang ingin menjadi ahli ataumenyertai aktiviti badan luar hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.

14.4    Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik atau pertunjukkan fesyen.

14.5    Murid-murid dilarang berada di kawasan larangan tanpa kebenaran guru.

14.6    Lain-lain yang tidak disebut di atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam.

14.7    Barang-barang larangan:

Murid-murid dilarang membawa barang-barang berikut ke sekolah;

a.        Majalah/buku hiburan.

b.       Majalah/buku lucah.

c.        Sebarang peralatan yang boleh dijadikan senjata.

d.       Pita video dan permainan video (Video game).

e.        Rokok dan mancis/pemetik api.

f.         Daun terup, buah dadu atau sebarang alat untuk tujuan berjudi.

Murid-murid juga dilarang memakai/menggunakan barang-barang seperti berikut;

a.        Barang-barang kemas/perhiasan tiruan.

b.       Alat solek.

c.        Beg sekolah yang diconteng dengan perkataan lucah.

d.       Cermin mata berwarna gelap/Sun glases.

e.        Cecair pemadam/liquid paper.

f.         Kertas tisu

14.8    Larangan Berkahwin – Murid-murid tidak dibenarkan berkahwin sepanjang masa persekolahnnya semasa di sekolah ini.

 

15. AM.

15.1    Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai baik yang dipelajari di sekolah.

15.2    Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik sekolah

15.3    Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan/arahan lain yang dikeluarkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

 

16.  PELANGGARAN DISIPLIN ( Rujuk Peraturan Disiplin Pelajaran )

16.1    Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku jenayah:

16.1.1         Memeras ugut

16.1.2         Menjadi anggota kumpulan jahat/haram

16.1.3         Terlibat dengan dadah

16.1.4         Berjudi

16.1.5         Mencuri

16.1.6         Memukul guru/pengawas/murid-murid lain

16.1.7         Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat

16.1.8         Mengancam Pengetua/guru-guru/murid-murid lain (amaran yang serius dan merbahaya)

 

16.2    Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku lucah atau biadap.

16.2.1         Membaca , meninjau dan menyebarkan bahan-bahab dan gambar-gambar lucah

16.2.2         Mengintai murid-murid perempuan

16.2.3         Bercumbu-cumbuan

16.2.4         Menggunakan kata-kata lucah

16.2.5         Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah

 

16.3    Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku anti sosial:

16.3.1         Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik persendirian

16.3.2         Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah asrama

16.3.3         Membuat bising dan mengganggu ketenteramaan umum dikelas

16.3.4         Bergaduh dan berlawan

16.3.5         Berkelakuan biadap terhadap guru/Pengetua.( sikap bongkak atau membuat penghinaan)

16.3.6         Mengadakan  pelancoan (ragging) dalam apa jua bentuk rupa

16.3.7         Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran atau balik kampung, ke rumah ibu bapa/penjaga/saudara mara tanpa kebenaran

16.3.8         Menyalahkangunakan kemudahan sekolah/kuasa yang diamanahkan  kepadanya

16.3.9         Melanggar peraturan peraturan-peraturan dan undang-undang ynag dikuatkuasakan oleh sekolah/atau/dan /Pejabat Pelajaran   .

16.3.10      Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu/mendapat kebenaran pihak sekolah/Pengetua

16.3.11      Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

 

16.4    Perbuatan-perbuatan curang atau tingkahlaku tidak jujur/tidak amanah

16.4.1         Meniru dalam ujian/peperiksaan                

16.4.2         Meniru tandatangan ibu bapa / penjaga/pengetua/ruru-guru

16.4.3         Bercakap bohong

16.4.4         Mengubah markah

16.4.5         Ponteng kelas

 

16.5    Perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku tidak sopan:

16.5.1         Berbahasa kasar dan mengarut

16.5.2         Tidak menghormati guru/pengawas

16.5.3         Menhisap atau memiliki rokok

16.5.4         Berambut panjang

16.5.5         Tidak memberi perhatian pada masa guru sedang  mengajar

16.5.6         Selalu datang lewat ke kelas

16.5.7         Lalai dan cuai terhadap pelajaran

16.5.8         Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan

16.5.9         Masih membantah hukuman guru/pengetua, sekalipun sudah diberi tiga atau empat kali amaran

16.5.10      Mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak peraturan disiplin sekolah

 

 

16.6    Kesalahan  - Tatatertib yang berat:

16.6.1         Menjadi anggota kumpulan jahat / pertubuhan haram

16.6.2         Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat

16.6.3         Memukul guru/pengetua/pengawas/murid-murid lain

16.6.4         Mengancam  Pengetua/ guru/ murid-murid lain (dengan ancaman yang serius dan merbahaya)

16.6.5         Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran.

16.6.6         Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu dan mendapat kebenaran pihak sekolah/Pengetua

16.6.7         Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik persendirian

16.6.8         Mencuri

16.6.9         Terlibat dengan dadah

16.6.10      Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan

16.6.11      Menghisap/memiliki rokok

16.6.12      Berjudi

16.6.13      Membantah hukuman guru/Pengetua, sekalipun sudah diberi tiga atau empat kali amaran

16.6.14      Berkelakuan biadap terhadp guru/Pengetua ( menunjukkan sikap bongkak atau membuat penghinaan)

16.6.15      Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan  tujuan menimbulkan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum

 

16.7    Jenis Hukuman:

             Tertakluk kepada berat ringannya  kesalahan  yang dilakukan. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas seorang pelajar ialah:

16.7.1         Diberi teguran dan amaran bertulis

16.7.2         Dirotan

16.7.3         Digantung persekolahan

16.7.4         Membayar gantirugi

16.7.5         Menarikbalik biasiswa yang diberi

16.7.6         Lain-lain hukuman yang difikirkan sesuai

 

[carta] [enrolmen] [bicara hem] [program bina insan] [pekeliling ikhtisas] [sasaran hem]