SEGUGUS BICARA
Penolong Kanan (HEM)
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih diucapkan kerana diberi peluang mencoretkan bicara dalam laman SEMEKANET ini.
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Ko-Kurikulum di sekolah ini beroperasi sebagai satu komponen dan pelengkap kepada matlamat kecemerlangan sekolah ini untuk muncul sebagai sekolah yang berkesan. Kejayaan akademik mestilah disertai dengan kecemerlangan dalam pembangunan insan dan ko-kurikulum. Ini selaras dengan akronim SEMEKA iaitu `Sentiasa menuju Kecemerlangan Akademik dan Akhlak'.
Justeru, dalam laman ini akan dipaparkan maklumat berhubung operasi dan pelaksanaan kedua-dua bidang ini. Adalah diharapkan ia akan menjadi satu lagi bentuk dokumentasi elektronik yang boleh dimanfaatkan bersama dan Insyallah akan sentiasa dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
Adalah juga diharapkan dengan kewujudan laman ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar untuk meneroka, mencanai dan menggapai pelbagai disiplin ilmu melalui penerokaan alam siber. Malah laman ini juga diharapkan dapat menjadi jambatan penghubung antara sekolah dengan alumni (bekas pelajar) yang berada di pelusuk negeri melalui ruangan `Alumni SEMEKA'. Sama-samalah kita membantu untuk mengangkat martabat sekolah ke tahap cemerlang.
Sekian, terima kasih.
AZMAN BIN ADNAN
[carta] [enrolmen] [peraturan] [program bina insan] [pekeliling ikhtisas] [sasaran hem]