PENYAMPAI MAKLUMAT TERKINI
bil. 4, Jilid 2 Mac 1999
Disiplin - Pelajar Tingkatan 1 Lebih Baik Berbanding Pelajar Tingkatan 2
Guru Kanan Disiplin Sidang Petang
Disiplin pelajar tingkatan 1 lebih baik berbanding pelajar tingkatan 2. Demikian dinyatakan oleh En. Sinin b. Mokreh, guru disiplin sidang petang. Disiplin yang ditunjukkan oleh pelajar tingkatan 2 adalah kurang memuaskan.
Menurutnya, kesalahan disiplin utama pelajar lelaki ialah kegagalan memakai tali leher serta berambut panjang. Manakala bagi pelajar perempuan pula didapati gemar menyimpan kuku sehingga panjang.
Bagi kes ponteng,, tindakan tegas telah diambil. Pelajar ponteng tanpa sebab akan dirotan untuk setiap hari tidak hadir ke sekolah. Hukuman ini dilaksanakan oleh Penyelia Petang pada perhimpunan tengah hari sebelum masuk ke kelas. Kesan daripada pelaksanaan hukuman ini, kes ponteng didapati telah berkurangan kecuali pada hari Jumaat
Menurut En. Sinin lagi, terdapat segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin yang berat seperti merokok. Walau bagaimanapun, kesalahan ini dilakukan di luar daripada kawasan sekolah. Oleh itu, tindakan sukar diambil kerana kekurangan bukti. Namun begitu, tindakan akan tetap diambil setelah mendapat bukti yang kukuh.
Dan sebagai kesimpulannya, En. Sinin menyatakan bahawa disiplin pelajar secara keseluruhannya masih lagi terkawal dan kes-kes disiplin yang berlaku lebih melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2
KEPUTUSAN-KEPUTUSAN ACARA SUKAN YANG DISERTAI SEMEKAPADA PERINGKAT MSSD PENGERANG
KEJOHANAN PINGPONGMSSD PENGERANG
Kategori Perempuan 18 (Bukan Cina)
Perseorangan Johan - Rahila Roslan N/Johan - Faezah Mesnan
Beregu Johan - Rahilah Roslan & Norhazatul Jaafar
Kategori Lelaki 18 (Bukan Cina)
Perseorangan N/Johan - Ibrahim Abd Ghafar
Beregu N/Johan - Ibrahim Ghafar & Murad Ali
Guru Pengiring/Jurulatih : En. Kassim Selamat
KEJOHANAN OLAHRAGA
MSSD PENGERANG
Keputusan Johan Keseluruhan (283 mata)
Pungutan Pingat EMAS - 26 PERAK - 21 GANGSA - 20
Atlit Terbaik Mengikut Kategori
L18 - Khairunizam Sam ( 3 emas) L15 - Marthialagan a/l Krishnan (4 emas)
P15 - Faridah Saruni ( 5 emas)
Peserta Perempuan Terbaik Kejohanan : Faridah Saruni
TAHUKAH ANDA?Purata seseorang akan hilang 0.5 - 1 liter air sebagai peluh setiap hari
Bermula daripada usia 30 tahun, seluruh tubuh manusia akan mengecut sedikit demi sedikit
Buaya akan menelan batu untuk memberatkan badannya supaya mudah menyelam