PENYAMPAI MAKLUMAT TERKINI
bil. 4, Jilid 2 Mac 1999
Perkongsian Ilmu Bersama Pengetua
PEMIKIRAN GENERIK
Jenis kemahiran:
Kemahiran di U.K - kemahiran teras seperti kemahiran komunikasi, kemahiran angka, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran penguasaan bahasa.
Kemahiran di Amerika berunsurkan kemahiran di tempat kerja.
Kemahiran di New Zealand berunsurkan kemahiran pekerjaan.
Kemahiran di Kanada berunsurkan kemahiran hasil pembelajaran.
Menurut Tn. Hj. Sufaat, Pengetua Semeka, kemahiran adalah sama sahaja . Subjek adalah sebagai alat mencipta kemahiran dan kemahiran boleh dihasilkan selepas pembelajaran. Kemahiran berunsurkan kecekapan, mahir dan ketrampilan.
Mahir adalah kepandaian
Cekap adalah mampu dan boleh melakukan sesuatu dengan sempurna
Ketrampilan pula adalah kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Di Malaysia, kemahiran dibahagikan kepada 8 bahagian :
kemahiran komunikasi
kemahiran teknologi
kemahiran merancang dan mengelola aktiviti
kemahiran bekerja dengan orang lain
kemahiran menyelesaikan masalah
kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat
kemahiran menggunakan idea
kemahiran memahami budaya.
Kepentingan kemahiran
1. kemahiran sangat diperlukan untuk kejayaan karier
2. kemahiran juga penting di dalam dunia pekerjaan yang menggabungkan kemahiran dan pengetahuan.
Kemahiran boleh dipindahkan mengikut diri dan disesuaikan di sebarang tempat.
Cara-cara berkomunikasi dengan guru.
Cara berkomunikasi dengan guru ada banyak, antaranya:
1. melalui gaya penulisan
2. melalui percakapan dan tutur bahasa yang baik
3. memanggil guru dengan nama panggilan yang sesuai (Cikgu, Cik, tuan, puan)
4. lihat muka dan bertentang mata dengan guru
5. melalui mimik muka, gaya dan gerak geri badan
6. suara ketika bercakap dengan guru hendaklah rendah dan satu nada
7. ketika bercakap dengan guru, pelajar hendaklah berada tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan guru (mesti ada jarak yang sesuai)
Kepentingan Komunikasi
1. mengeratkan hubungan yang baik antara pelajar dan guru
2. melahirkan seorang yang bersifat "gentlemen" dan "sportman"
3. melahirkan seorang yang mempunyai imej yang tinggi
4. orang ramai akan lebih tertarik kepada mereka yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
10 JENIS KELEBIHAN MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM 1. Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim. Demikian juga dengan penduduk langit dan bumi.2. Menggembirakan para malaikat kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan silaturrahim.
3. Dapat menambah pahala amalannya setelah dia meninggal kelak
4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian
5. Menambah keberkatan pada rezekinya
6. Allah akan melanjutkan usianya.
7. Menjadikan iblis bertambah gelisah dan sakit
8. Akan dihormati dan disegani oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh kerana mereka amat menyukai kepada silaturrahim
10. Dapat mencetuskan kegembiraan kepada kedua-dua belah pihak, tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.