Index // Aluan // Carta // Panitia // Takwim SEMEKA // takwim Kurikulum // PMR
Pelajar Cemerlang
Rahsia Kejayaan
Bukan Aliran Sains
Hamidah Buang (11 Aggregat)
"Untuk mengulangkaji, saya tidak menggunakan sistem jadual seperti yang diarahkan oleh guru. Tetapi dari segi penggunaan masa, saya aturkan sebaik mungkin. Untuk mengulangkaji subjek Matematik, Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan, saya lebih suka mengulangkaji di sekolah bersama rakan terdekat kerana ia tidak melibatkan daya penghafalan. Kebiasaannya di sekolah kami berbincang bersama sekiranya ada masa terluang."
"Bagi subjek yang memerlukan banyak pembacaan, saya lebihkan masa membaca di rumah sekurang-kurang 4 jam sehari. Ini dilakukan dari pukul 2 pagi hingga 6 pagi kerana ia menjadi rutin saya. Sebelum tu, saya tidur awal lebih kurang pukul 10 malam sekiranya tiada program di sekolah. Saya juga kerap membuat analisa soalan tahun-tahun lepas dan membuat latihan. Saya juga tidak pernah ketinggalan kelas-kelas tuisyen, kelas Hikmah, Ibnu Sina, kelas malam dan 'stayback'"
"Saya menasihatkan calon SPM 1999 agar meningkatkan usaha dari sekarang, perbaiki kelemahan subjek tingkatan 4. Ingatkan pengorbanan ibu bapa, gembirakan mereka dengan kejayaan dan segala-galanya bermula dari diri anda sendiri. Andalah yang menentukan segala-galanya...."So, study hard" dan teruskan perjuangan anda..."
"Ibu bapa banyak mendorong dan memberi keyakinan serta harapan kepada saya. Selain itu, pihak sekolah terutamanya guru-guru dan rakan-rakan turut sama membantu."
"Sentiasa berdoa kepada Tuhan disamping usaha sendiri dan berusaha pasti jaya."
Norlita Mohd Kamil (11 Aggregat)
"Di sekolah, saya akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Jika tidak faham, saya akan tanya cikgu pada hari itu juga, jangan tangguh-tangguh. Pada sebelah petang, saya akan hadir untuk mengikuti program yang diadakan. Contohnya Hikmah dan Ibnu Sina. Kalau tak ada program, biasanya saya membuat kerja-kerja sekolah. Kalau tidak siap pada sebelah petang, saya akan sambung pada waktu malam iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam."
"Saya akan memulakan ulangkaji saya selepas itu terutamanya bagi subjek yang memerlukan pengiraan seperti Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan. Ia adalah untuk mengelakkan saya daripada mengantuk. Saya akan tidur, kebiasaannya pada jam 12 - 12.30 malam. Saya akan bangun pada jam 4 pagi dan menyambung ulangkaji dengan subjek yang memerlukan pembacaan seperti subjek Sains, Perdagangan dan Pendidikan Islam.
'Saya harap para pelajar akan membuat sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. Jangan lalai dan mudah berputus asa. "
"Ibu bapa yang banyak memberi saya dorongan dan nasihat supaya saya tidak mudah berputus asa. Kalau ada masalah, jangan disimpan, saya biasanya akan berkongsi masalah saya dengan ibu bapa saya. Kakak dan abang saya juga turut memberi semangat kepada saya untuk berjaya seperti mereka."
Pedoman
1. Sentiasa berdoa kepada Allah, minta dibukakan hati untuk menuntut ilmu pengetahuan.
2. Sembahyang Hajat
3. Mengadakan hubungan yang baik dengan ibu bapa, guru dan keluarga.