ani_smile.gif (9103 bytes)SEJARAH DAN LATAR BELAKANG SEKOLAHani_smile.gif (9103 bytes)

adi.gif (20099 bytes)

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

  Sekolah Menengah Kebangsaan Adela (SEMEKA), Kota tinggi telah ditubuhkan dalam tahun 1982 sebagai cawangan kepada Sekolah Menengah tanjung Datuk, Pengerang sehingga tahun 1983. Sekolah ini terletak kira-kira 65km dari bandar Kota Tinggi. Ia merangkumi kawasan seluas 25 hektar. Selama berada di bawah naungan sekolah induk (Sekolah Menengah Tanjung Datuk), sekolah ini ditadbir oleh seorang penyelia iaitu Encik Mohd. Saat bin Hj. Abd. Latiff. Kini sekolah ini mempunyai 109 (termasuk pengetua) dan 11 orang kakitangan sokongan.

  Kewujudan sekolah ini adalah di atas desakan masyarakat setempat yang mahukan anak-anak mereka bersekolah di kawasan ini. Pada peringkat awalnya sekolah ini kekurangan alatan dan sanitasi asas tetapi dengan kerjasama sekolah induk dan Pejabat Pendidikan Daerah, kekurangan ini dapat di atasi. Mulai 01 Januari 1984, sekolah ini ditadbir oleh seorang Pengetua iaitu En. Mashot bin Hj. Idun, di bawah nama Sekolah Menengah Rendah Adela.

    Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Adela diambil sempena nama gugusan Felda Adela, yang mengandungi empat tanah rancangan semuanya iaitu LKTP Adela, LKTP Sening, LKTP Tunggal dan LKTP Kledang.

     Pada keseluruhannya pelajar-pelajar sekolah ini datang dari tiga sekolah punca iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Adela , Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang dan Sekolah Kebangsaan LKTP Sening serta beberapa buah sekolah kebangsaan di luar kawasan gugusan ini seperti Sekolah Kebangsaan Pasir Gogok dan Sekolah Kebangsaan Sungai Papan. Sehingga tahun ini, sekolah ini telah menguruskan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sebanyak 7 kali iaitu bermula dari tahun 1984 sehingga tahun 1992 dan pada tahun 1993 hingga kini sekolah ini telah menguruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mulai tahun 1987, Tingkatan 4 Sastera yang pertama telah diwujudkan dan sekaligus menaikkan taraf dari Sekolah Menengah Rendah kepada Sekolah Menengah dan pada tahun 1993, sekolah ini sekali lagi menerima pengiktirafan dan menaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Gred A. Mulai tahun 1997, Sekolah Menengah Adela dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Adela (SEMEKA).  Pada tahun 1990, Tingkatan 4 Sains yang pertama diwujudkan.

    Pada tahun 1998, kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menjadi perintis ke arah kejayaan yang lebih baik dengan 3 orang mendapat pangkat 1, 7 orang mendapat pangkat 2 dan 43 orang mendapat pangkat 3.  Kejayaan SPM ini terus meningkat dari tahun ke setahun.  Kejayaan paling membanggakan sekolah ini ialah pada tahun 1996 di mana 81 orang pelajar mendapat Gred 1.

    Jumlah pelajar sekolah ini terus meningkat dari 87 orang pada tahun 1984 kepada 2,082 orang pada tahun 1997 dan jumlah guru dari 7 orang kepada 93 orang.  Kini terdapat 5 blok bangunan 3 tingkat dan 3 buah blok bangunan 1 tingkat.  Terdapat juga 13 unit rumah guru yang terletak di sebelah timur kawasan sekolah.

 

        buton.gif (7394 bytes) Aluan Pengetua buton.gif (7394 bytes) Piagam buton.gif (7394 bytes) Objektif buton.gif (7394 bytes)Falsafah buton.gif (7394 bytes)Lencanabuton.gif (7394 bytes) Bendera buton.gif (7394 bytes) Kejayaan buton.gif (7394 bytes) Pentadbiran buton.gif (7394 bytes) Lagu

ani_bluline.gif (11170 bytes)