SURAT-SURAT PEKELILING IKTISAS
MENGENAI DISIPLIN
PELAJAR
Pembuangan Murid-Murid Daripada Sekolah Rendah
Kerana Kelakuan Curang
Tatatertib
Di Sekolah-sekolah
Tambahan Kepada Surat Pekeliling "Profesional"
Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajran 1959
Murid-Murid
Menghisap Rokok
Salahguna Dadah - Garispanduan Untuk Guru Panduan Dan Guru
Besar
Peraturan-Peraturan
Sekolah Untuk Murid-Murid
Potongan
Rambut Murid-Murid
Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah
Pengelolaan
Walkaton Di Sekolah-Sekolah
Menganjur
Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah
Acara
Suaikenal Di Sekolah-Sekolah
Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan
Dadah Yang Memerlukan Pertolongan
Permainan
'Pin-Table, Video Game, Game Watch'
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah
Pakaian
Seragam Murid-Murid Sekolah
Larangan
Bermain Bahan-Bahan Letupan
Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid
Sekolah
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan
Perbuatan Salah Laku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
Perhimpunan Sekolah
Perhimpunan Sekolah (Tambahan Kepada Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/84)
Pakaian
Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)
Langkah-Langkah
Keberkesanan Disiplin Sekolah
Keselamatan
Diri Pelajar Di Sekolah
Tata
Kelakuan Pelajar Ketika Di Masjid
Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi
Pendidikan
Pelaporan
Kejadian Tidak Diingini Di sekolah
Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan
Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah
Menangani
Masalah Ponteng Di Sekolah
Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap
Pelajar-Pelajar Sekolah
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian
Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan DiKalangan
Pelajar
Pelantikan Guru
Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah
Menengah
Pembuangan Murid-Murid daripada
sekolah rendah kerana kelakuan curang
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
Bil.6/88
Bil.8543/(10)
10hb September 1968
Murid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis
berkaitan dengan kesalahan dan satu salinan borang jawapan disertakan untuk penjaga
memberi akuan terima.
Surat amaran kedua dihantar kepada ibu bapa sekiranya
kelakuan murid tidak bertambah baik.
Sekiranya murid tidak patuh, Guru Besar/Pengetua
boleh mengantung persekolahan maksimum dua minggu.
Satu salinan semua amaran penggantungan atau
pembuangan mestilah dikirim kepada Pendaftar Sekolah dan Pengarah Lembaga Sekolah.
Kelakuan curang yang serius, Guru-guru Besar/Pengetua
perlu memberhentikan murid sementara waktu untuk dibuat penyelidikan. Jika munasabah murid
tersebut boleh dibuang sekolah.
Jika rayuan diterima, persetujuan Pendaftar Sekolah
hendaklah diperlukan.
Tatatertib Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
Bil.8/68
KP. 8543 02(12)
18hb. September
1968
Tatatertib ialah tindakan yang diambil untuk
menentukan supaya peraturan sekolah diikuti.
Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan
masalah-masalah pelajar. Kesalahan berat diserah kepada Guru Besar/Pengetua.
Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau
penggantungan sementara (tidak melebehi 10 hari).
Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah.
Tambahan Kepada Surat Pekeliling
"Professional"
SURAT//NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
Bil.6/88 dan 9/68
KP.8543(11)
12hb Oktober 1968
Penggantungan pelajar, maksimum 14 hari.
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa
satu bulan selepas tarikh pembuangan kepada Menteri Pendidikan.
Peraturan-Peraturan (Tatatertib
Sekolah) Pelajaran 1959
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.Siri: Bil.1/1972
No.Fail:0504/11/(144)
Tarikh: 4/2/1972
Hukuman dera terhadap murid-murid perempuan adalah
dilarang.
Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada
pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung yang berlapik.
Hukuman hanya diberikan oleh Guru Besar atau dengan
kuasa yang diberikannya
Murid-Murid Menghisap Rokok
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.6A/1975
No.Fail:K.P.8548/8/
(75)
Tarikh: 5/9/1975
Semasa perhimpunan Guru Besar dikehendaki memaklumkan
kepada pelajar bahawa :-
Penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab
kesihatan.
Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang
tidak mematuhi peraturan.
Tempoh pengampunan selama seminggu kepada pelajar
untuk membuat pengukuran.
Selepas tempoh pengampunan murid yang merokok akan
menghadapi tindakan disiplin.
Langkah-langkah ke atas murid-murid yang merokok.
Tindakan disiplin yang sewajarnya.
Ibu bapa/Penjaga pelajar diberitahu.
Murid dirujuk kepada guru panduan untuk nasihat.
Guru panduan menyimpan rekod untuk tujuan
penyelidikan Kementerian Pelajaran.
Salahguna Dadah - Garis Panduan
Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISIPENTING
No. siri: 7/1975
No.Fail:K.P.8548/8/(67)
Tarikh: 19/8/1975
Matlamat Kementerian Pelajaran membantu pelajar dan
mengelakkan dari publisiti.
Tindakan disiplin selepas pertolongan gagal dan
selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.
Tindakan-tindakan yang harus diambil
Rujukan sendiri.
Rujukan oleh Guru-guru/murid.
Rujukan dibuat atas keputusan tindakan disiplin.
`Checklist tindakan yang harus diambil.
Jenis-jenis dadah yang disalah gunakan.
Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk
Murid-Murid
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No. siri: 9/1975
No. Fail: K.P.8543/
Vol.2(55)
Tarikh: 4/11/1975
Guru Besar dan semua guru bertanggungjawab menjaga
disiplin sesebuah sekolah.
Guru Besar dan semua guru mesti memahami
ordinan-ordinan/surat-surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas - Lampiran A.
Perkara-perkara Tatatertib yang dianggap berat -
Lampiran B.
Peraturan-peraturan Sekolah yang Bertulis untuk
murid-murid. Tindakan oleh tiap-tiap sekolah - Lampiran C.
Peraturan-peraturan Khas untuk Asrama, Perpustakaan
dan Bilik-bilik Mata-mata Pelajaran Praktikal.
Guru mesti menjadi teladan baik kepada murid.
Potongan Rambut Murid-Murid
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.Siri: 2/1976
No. Fail: KP.8543/
Vol.II(58)
Tarikh : 7/1/1976
Peraturan merangkumi murid-murid sekolah, guru dan
kakitangan lain.
Rambut murid-murid lelaki.
Misai dan janggut.
Rambut murid-murid perempuan.
Menjadi tanggungjawab guru dan kakitangan lain
memberi teladan yang baik kepada pelajar.
Mengharamkan Semua Jenis
Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
CATATAN
No.Siri: 11/1976
No. Fail: K.P.8591-9
(11)
Tarikh: 9/10/1976
Permainan berunsur judi dilarang di sekolah-sekolah.
Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin
sekolah dilarang.
Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL
/
TARIKH
ISI PENTING
No.Siri: Bil.7/77
No.Fail: 8610-3B(15)
Tarikh: 7/9/1977
Pengelolaan Walkaton dirancang dan dikawal supaya
tidak menjejas pelajaran, kebajikan dan keselamatan pelajar.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar.
Waktu mencari penaja.
Persetujuan ibu bapa murid.
Keselamatan dan kebajikan murid.
Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: 9/1977
No.Fail: K.P.8610/(30)
Tarikh: 3/10/1977
Penjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui
Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru dan badan-badan yang berkaitan dengan sekolah dilarang.
Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan
sekolah yang dianjur oleh mana-mana pihak dilarang.
Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk
mendapatkan wang.
Acara Suaikenal Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No. siri: Bil.4/1978
No. Fail: KP.8542/07/ Jld.XI/(85)
Tarikh: 2hb Mei 1978
Melarang `ragging yang bertopeng suaikenal di
sekolah-sekolah.
Mereka yang terlibat akan diberhentikan dari sekolah
tanpa amaran.
Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko
Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.2/1979
No.Fail: KP(BS)8786-
51/Jld.IV/(20)
Tarikh: 26hb. Mac 1979
Arahan membuat laporan terperinci mengenai
pelajar-pelajar sekolah yang dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah yang memerlukan
pertolongan.
Permainan 'Pin-Table, Video Game, Game Watch'
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil. 4/1982
No. Fail: KP.8591/(97)
Tarikh: 1hb.Oktober 1982
Melarang pelajar sekolah:
a) bermain permarkahan `pin-table, video game dan lain permainan yang seumpama.
b) membawa ke sekolah segala jenis `game watch.
Mengambil tindakan yang sewajar terhadap pelajar yang
bersalah.
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.1/1983
No.Fail: KP.8591/(99)
Tarikh: 25hb Feb.1983
Langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen
anti-merokok.
Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.3/1983
No.Fail:KP(BS)8591/
Jld.II/(2)
Tarikh: 9hb Mac 1983
Mengemaskini arahan yang berhubung dengan pakaian
murid-murid daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam aspek-aspek:
Pakaian seragam sekolah
Pakaian ketika bersenam/ bersukan
Pakaian dalam Pasukan Beruniform
Pakaian murid-murid Islam hari Jumaat
Pakaian seragam khas
Kasut
Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.6/1983
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II/(6)
Tarikh: 23hb April 1983
Memberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain
dan menggunakan bahan-bahan letupan adalah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak
sekolah untuk menyedar dan menginsafkan murid-murid tentang bahayanya
Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan
Murid-Murid Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
CATATAN
No.siri: Bil.7/1983
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II.(7)
Tarikh: 11hb April 1983
Menyatakan beberapa prinsip dan garis panduan
mengenai pungutan derma yang dijalankan di sekolah.
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.8/1983
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II/(17)
Tarikh: 7hb Nov.1983
Menyarankan kepada guru besar dan guru-guru
kepentingan mengenakan tindakan yang adil dan sejajar bagi jenis kelolaan tersebut
Kewajipan Guru Besar dalam membimbing guru-guru dalam
menjalankan tugas mengenai disiplin pelajar.
Guru Besar juga disarankan menjalankan
langkah-langkah positif untuk mendisiplinkan murid-muridnya.
Perhimpunan
Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.4/1984
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II/(24)
Tarikh: 14hb Jun 1984
Mewajibkan sekolah mengadakan perhimpunan sekolah
sebagai majlis rasmi pada setiap minggu.
Panduan mengelolakan perhimpunan sekolah dalam aspek
a. masa
b. aturcara
Pihak sekolah dikehendaki memberi perhatian dalam
perkara berikut :
Surat Pekeliling Am Bil.23 Tahun 1996
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8.1975
Penglibatan semua guru/ pelajar
Menggalakkan penglibatan kakitangan bukan guru
Mengadakan aktiviti positif dan dilarang menjalankan
hukuman disiplin kepada pelajar
Perhimpunan Sekolah (Tambahan Kepada Surat Pekeliling
Iktisas Bil 4/84)
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.4/1984
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II/(26)
Tarikh: 10 Sept.1984
Memasukkan Lagu `Malaysia Berjaya semasa
perhimpunan (selepas Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri)
Perlu diadakan perhimpunan khas setiap hari sebelum
waktu pertama bermula untuk menyanyikan lagu `Negaraku dan `Malaysia Berjaya.
Nyanyian dengan teratur dan tertib.
Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
CATATAN
No.siri: Bil.8/1985
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II/(39)
Tarikh:22hb Nov.1985
Kasut murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah
berwarna putih dan diperbuat daripada `canvas/bahan sintetik yang mempunyai daya
resap dan penyaluran gerak udara.
Setokin berwarna putih.
Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.7/1986
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.II/(56)
Tarikh: 1hb Ogos 1986
Tumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan
diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.
Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi
mengawal Organisasi Sekolah dan bagi menentukan disiplin. Berkuasa menentukan hukuman yang
munasabah.
Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat
pekeliling dan buku panduan disiplin.
Menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid peringkat
sekolah.
Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha
mengambil langkah-langkah bagi mengurangi masalah disiplin.
Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.8/1988
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.III/(10)
Tarikh : 1 Mac 1988
Diingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada
terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini, ke atas diri
pelajar.
Menekankan aspek keselamatan melalui :-
- pengajaran, peraturan,latihan, bimbingan dan
amalan.
- memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penggal dan
aktiviti sekolah.
- sistem kawalan rekod yang kemas
- menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan
terkawal.
- Sistem berteman
- Mengawasi kawasan dengan kerap
- Menjadikan peraturan keselamatan sebagai sebagai
peraturan sekolah
Tata Kelakuan Pelajar Ketika Di Masjid
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri:Bil.2/1991
No.Fail:KP(BS)8591/
Jld.V/(60)
Tarikh: 5hb Feb. 1991
Pelajar tidak mempunyai tatatertib yang baik ketika
berada di masjid.
Tindakan yang perlu diambil:
memperingatkan para pelajar mengenai adab dan
tatatertib di masjid.
Guru perlu mengawas kelakuan pelajar.
Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai
oleh seorang Pengawas.
Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara
Sekolah/Institusi Pendidikan
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri:Bil.3/1991
No.siri:Bil.3/1991
No.Fail:KP(BS)8591/
Jld.V(95)
Tarikh:16hb Mei 1991
Cadangan undangan ke upacara tertentu hendaklah
dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.
Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah
SURAT/
NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri:Bil.4/1991
No.Fail:KP(BS)8591(Jld.V/(96)
Tarikh:16 Mei 1991
Pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah
penceroboh dan pelajar terlibat melancarkan mogok, merusuh, mencedera dan bergaduh.
Pengetua dikehendaki dengan serta merta melaporkan
kepada Kementerian Pendidikan, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan
Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.6/1994
No.Fail: KP(BS)8586/
090/Jld.5(11)
Tarikh: 12 Sept.1994
Semua pihak hendaklah bersama-sama mengambil sikap
yang serius mengenai soal taat setia dan cinta terhadap negara.
YB. Menteri Pendidikan mengarah supaya semangat
patriotisme ini ditanam melalui upacara perhimpunan mingguan atau harian.
Semua upacara tersebut perlu dijalankan dengan penuh
penghayatan dari semua pihak.
YB Menteri menyarankan supaya senaman ringkas
diadakan di dalam bilik darjah sebelum memulakan P&P.
Semangat patrotisme dan senaman ringkas disarankan
supaya dapat diadakan di semua sekolah dan serta-merta.
Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.6/1995
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.VIII/(9)
Tarikh: 5 Sept. 1995
Ponteng sekolah dan ponteng kelas dua masalah yang
perlu diatasi dengan segera oleh semua pegawai yang berkaitan.
Pihak Kementerian telah menerbit dan mengedarkan Buku
Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah. Saranan dan cadangan dalam buku ini
diyakini dapat mengatasi dua masalah di atas.
Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap
Pelajar-Pelajar Sekolah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.7/1995
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.VIII(10)
Tarikh: 11 Okt. 1995
Terdapat laporan mengatakan pihak sekolah telah
mengenakan tindakan dan hukuman yang keterlaluan di atas kesalahan disiplin para pelajar
yang terlibat.
Keadaan ini boleh menjejaskan maruah dan reputasi
Kementerian Pendidikan.
Surat ini mengingatkan semua yang terlibat agar
mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam Lampiran ini.
Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian
Berpakaian
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.2/1996
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.VII(33)
Tarikh: 24 Jun 1996
Meminta semua sekolah mengambil langkah-langkah dan
tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-amalan ke arah pembinaan
sahsiah dan penampilan diri yang baik di kawasan para pelajar.
Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di
Kalangan Pelajar
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.1/1996
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.VIII(32)
Tarikh: 13 Feb. 1996
Sikap pelajar ke arah mengutamakan kebersihan perlu
dibina dalam diri pelajar.
Tindakan Pengetua dan Guru Besar
Meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta
kreatif untuk memastikan sekolah dalam keadaan bersih.
Mengambil tindakan positif dalam memupuk kesedaran
dan rasa tanggungjawab bagi menjaga keindahan dan kebersihan sekolah.
Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Sekolah
Menengah
SURAT/NO.FAIL/
TARIKH
ISI PENTING
No.siri: Bil.3/1996
No.Fail: KP(BS)8591/
Jld.VII/(35)
Tarikh: 11 Julai 1996
Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa telah
diluluskan dan dilaksanakan secara berperingkat.
Perlantikan perlu mengambil kira.
Kelulusan Iktisas,Bimbingan dan Kaunseling
Guru yang belum disahkan dalam jawatan.
Guru yang layak tetapi mengajar kelas peperiksaan.
Guru yang layak tetapi menolak perlantikan sebagai
Kaunselor sepenuh masa.
[ bicara HEM ] [enrolmen
murid] [sasaran 1999 ] [peraturan ] [program
bina insan] [carta ]