ani_smile.gif (9103 bytes)OBJEKTIF SEKOLAHani_smile.gif (9103 bytes)

adi.gif (20099 bytes)

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

Menjadikan sekolah sebagai pusat perkembangan, penyebaran ilmu pengetahuan yang dapat digunakan dan dimanfaatkan bagi setiap individu khususnya dan masyarakat amnya.

Mewujudkan suasana harmoni bagi mengekalkan perpaduan di kalangan anggota sekolah.

Mencapai prestasi akademik dan bukan akademik yang tinggi dan sentiasa memberi keutamaan kepada kualiti di samping kuantiti.

Melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Melahirkan generasi yang berdisiplin, kreatif, rasional dan progresif.

Menyemai rasa keinsafan bahawa institusi ini adalah milik bersama masyarakat"Masyarakat Membina Sekolah, Sekolah Membina Masyarakat".

Membentuk pelajar-pelajar agar menjadi rakyat yang taat setia, berdisiplin, bermoral dan bersatupadu seperti dicita-cita oleh rukunegara.

Mewujudkan suasana kekeluargaan di kalangan murid-murid, guru-guru dan lain-lain kakitangan sekolah.

Menanamkan semangat cintakan sekolah dan perasaan kekitaan di kalangan guru-guru serta kakitangan sendiri.

Mewujudkan alam sekeliling sekolah yang sihat dan memberi keyakinan untuk mencapai segala kemudahan yang disediakan di sekolah.

Mengasah dan memupuk bakat dan minat pelajar dalam bidang sukan, permainan, kesenian, kebudayaan dan kebajikan melalui kegiatan kokurikulum

Melahirkan pelajar-pelajar yang berpegang teguh kepada disiplin secara menyeluruh.

Menanam sikap dan semangat toleransi, memahami dan menghormati hak, cara hidup, nilai norma, kebudayaan dan agama kaum atau keturunan lain.

Menanam sikap positif dalam sanubari pelajar sepertimana ditegaskan dalam perumpamaan "TIADA GUNUNG YANG TIDAK BOLEH DIDAKI".

 

 

 

       buton.gif (7394 bytes) Piagambuton.gif (7394 bytes) Sejarah buton.gif (7394 bytes) Aluan buton.gif (7394 bytes)Falsafah buton.gif (7394 bytes)Lencanabuton.gif (7394 bytes) Bendera buton.gif (7394 bytes) Kejayaan

buton.gif (7394 bytes) Pentadbiran  buton.gif (7394 bytes)Lagu