Make your own free website on Tripod.com

      

1) KEHADIRAN SEKOLAH
    1.1     Waktu persekolahan;
                Sidang pagi mulai 7.30 pagi hingga 1.05 petang
                Sidang petang mulai 1.05 petang hingga 6.40 petang
    1.2      Kehadiran ke sekolah adalah wajib
    1.3      Kehadiran akan diambil pada waktu pertama.
    1.4      Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit lebih dari satu hari perlu membawa surat Akuan       
               Doktor. Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit selama satu hari atau oleh tertentu  hendaklah                memberitahu pihak sekolah melalui surat  ibu/bapa/penjaga.
    1.5      Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa kebenaran atau alasan yang                 mustahak boleh dibuang sekolah
    1.6      Murid-murid yang tidak mengikuti Pelajaran Pendidikan Jasmani atau Sukan hendaklah                   membuktikannya dengan Surat Akuan Doktor atau Surat Ibu bapa/penjaga.
     1.7     Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu belajar. Mereka yang hendak                keluar hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua/G.P.K/Penyelia atau Guru Bertugas.
     1.8     Murid-murid yang hendak ke klinik/hospital hendaklah mengisi Borang Rawatan.
               Murid yang telah dibenarkan ke Klinik hendaklah segera pulang ke sekolah setelah
               mendapatkan rawatan dan menunjukkan surat yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan.
      1.9    Murid-murid yang dibenarkan keluar hendaklah mendapatkan Pas Keluar dan memakainya                   sepanjang ianya berada di luar kawasan sekolah.
      1.10  Seseorang murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat          
               Pas keluar Kelas daripada guru yang mengajar pada masa itu.

2) PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
    2.1 Pakaian Murid Lelaki:
            2.1.1 Seluar:
                    a. Seluar panjang warna hijau gelap.
                    b. Kocek seluar mestilah dua di hadapan (bentuk potong serong) dan satu atau dua kocek dibahagian belakang (kocek dalam).
                    c. Lebar kaki seluar hendaklah melepasi satu genggaman tangan semasa dipakai.
                    d. Seluar hendaklah tidak ketat.
                    e. Bagi mereka yang memakai saputangan, hendaklah dimasukkan keseluruhan saputangan ke dalam kocek seluar.
                    f. Dilarang memakai seluar panjang "baggie" iaitu pehanya terlalu besar, semua jenis jeans dan kocek belakang bertampal.
                   g. Tali pinggang seluar lebarnya hendaklah 3cm. Kepala tali pinggang yang  besar                            atau berfesyen tidak dibenarkan. Warna tali pinggang hanya hitam atau coklat sahaja.
            2.1.2 Baju:
                  a. Baju putih (tanpa nampak kesan nila jika dinila) berlengan pendek atau panjang.
                  b. Sekiranya memakai baju beerlengan panjang, lengan baju dipergelangan tangan hendaklah                          dilipat dikancing dau hendaklah dilipat (sekiranya hendak dilipat) sehingga di atas sedikit dari paras siku.
                  c. Kocek baju hendaklah di atas dada sebelah kiri. Hanya satu kocek sahaja dibenarkan.
                 d. Hanya butang berwarna putih sahaja dibenarkan.
                  e. Lencana dan tandanama hendaklah di pakai sebelah kanan bahagian atas dada.
            2.1.3 Stokin (Sarung Kaki)
                  a. Stokin hendaklah berwarna putih sahaja.
                  b. Stokin tidak dilipat.
                  c. Stokin mestilah 8cm (3 inci) dari buku lali.
                  d. Jika dinila tidak nampak kesan nila (biru).
            2.1.4 Kasut.
                  a. Kasut getah atau kanvas berwarna putih sahaja tanpa corak (sama ada corak itu berwarna atau tidak berwarna) kecuali Pengawas Sekolah (tanpa corak).
                  b. Kasut getah atau kanvas yang bertali dan berpelekat sahaja dibenarkan.
                  c. Tali kasut hendaklah memenuhi ruang-ruang yang bertali.
                  d. Kasut yang dinila tidak dibenarkan.
                  e. Ketinggian kasut mestilah di bawah paras buku lali.
                  f. Kasut yang menyeruipai potongan kasut perempuan tidak dibenarkan.

    2.2 Pengawas Lelaki:
          a. Dibenarkan memakai baju warna biru muda dan seluar panjang warna biru gelap serta bertali leher.
          b. Selain daripada itu, pakaian Pengawas Lelaki juga adalah tertakluk kepada
              peraturan-peraturan pakaian murid lelaki.

    2.3 Pakaian Murid Perempuan:
2.3.1 Baju
a. Memakai baju kurung potongan tradisional leher Telok Belanga dan mesti dikancingkan dengan kemas.
b. Laboh lengan mestilah mencecah pergelangan tangan.
c. Tidak dibenarkan melipat lengan baju sehingga menampakkan lengan (mengikut situasi).
d. Laboh baju di atas sedikit dari paras lutut.
e. Baju berwarna putih (Jika dinila, tanpa menampakkan kesan nila).
f. Baju mestilah longgar.
2.3.2 Kain sarong
a. Kain sarong berwarna biru.
b. Laboh kain mestilah di bawah paras buku lali.
2.3.3 Stokin (Sarong Kaki)
a. Stokin (Sarong kaki) hendaklah berwarna putih sahaja dan tidak berbelang.
b. Stokin (Sarong Kaki) tidak dilipat.
c. Stokin (Sarong Kaki) mestilah 8cm (3in.) dari buku lali.
d. Jika dinila, tidak nampak kesan nila.
2.3.4 Kasut
a. Kasut getah atau kanvas berwarna putih sahaja tanpa corak (sama ada corak itu berwarna atau tidak berwarna) kecuali Pengawas Sekolah (tanpa corak).
b. Kasut getah atau kanvas yang bertali dan berpelekat sahaja dibenarkan.
c. Tali kasut hendaklah memenuhi ruang-ruang yang bertali.
d. Kasut yang dinila biru tidak dibenarkan.
e. Ketinggian kasut mestilah di bawah paras buku lali.
f. Kasut yang menyerupai potongan kasut lelaki tidak dibenarkan.

        2.3.5 Tudung Kepala.
a. Memakai tudung kepala berwarna putih sahaja tanpa menampakkan kesan nila.
b. Tudung kepala tidak bersulam dan memakai pin di kiri dan kanan tudung.
c. Laboh tudung kepala atas sedikit dari pusat.

3) PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI/SUKAN
3.1 Murid lelaki dikehendaki memakai baju T-shirt atau singlet yang sesuai selain daripada seragam              sekolah.
3.2 Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan Pen.              Jasmani.
3.3 Baju menjalankan Pen. Jasmani murid-murid perempuan diwajibkan memakai baju T-shirt berlengan           panjang.
3.4 Baju dan seluar yang dipakai hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan              bebas, selesa dan yang dapat meresap peluh.
3.5 Memakai baju panas mengikut warna rumah adalah digalakkan.

4) POTONGAN RAMBUT
3.1 Murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah berambut panjang:
a. Di belakang: rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.
b. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.
c. Di sebelah: rambut menutup kedua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung.
d. Di atas: rambut lebih daripada 15 cm panjang.
3.2 Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti rambut "punk', diwarnakan berekor, terjuntai di hadapan dan memakai jeli dengan tujuan fesyen.
3.3 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpang misai, janggut atau jambang.
3.4 Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau mewarnakan kuku.

5) YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
5.1 Setiap murid wajib menjelaskan yuran-yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang              ditetapkan.
5.2 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah              dirosakkan, sama ada sengaja/tidak, murid/kumpulan yang terlibat akan dikenakan hukuman yang              setimpal.
5.3 Buku-buku Teks
a. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipinjam kepada murid-murid.
b. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan keselamatan buku tersebut.
c. Murid-murid diwajibkan menyampul atau membalut buku-buku tersebut.
d. Murid-murid dilarang mencontengkan atau mengotorkan buku itu.
e. Murid dilarang merosakkan buku itu seperti menggunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku.
f. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.
g. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamtan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas, meminta ganti sama ada dengan buku yang lain atau membayar buku itu.
h. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku yang dipinjam itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua.
          i. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang ditetapkan, pihak sekolah berhak mengambil kes ke atas murid tersebut.

6) TATATERTIB
6.1 Di Bilik Darjah
a. Murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.
b. Murid-murid hendaklah menghormati guru-guru pengawas-pengawas, ketua tingkatan dan rakan                  sejawat.
c. Murid-murid dikehendaki beratur berdua-dua tanpa bising semasa:
a. naik rehat
b. berpindah ke kelas lain'
c. ke padang permainan/ke kebun
d. sebelum balik
6.2 Di Perhimpunan
a. Perhimpunan sekolah akan diadakan tiap-tiap hari:
                            Ahad - Istiadat
                            Khamis - Separuh rasmi
b. Perhimpunan boleh diadakan bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengetua.
d. Murid-murid dikehendaki hadir (wajib) dalam perhimpunan di tempat yang telah ditetapkan.

7) PERATURAN KHUSUS
    Murid-murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk:
7.1 Bilik Makmal Sains
7.2 Bilik ERT/Seni Perusahaan
7.3 Perpustakaan
7.4 Kantin
7.5 Sains Pertanian
7.6 Koperasi
7.7 Bilik Sembahyang
7.8 Kawad kecemasan kebakaran di sekolah.
7.9 Lain-lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

8) AMALAN IBADAT.
8.1 Murid-murid Islam digalakkan melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang ditetapkan.
8.2 Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan kesucian Agama Islam dan  agama   
          yang lain.

9) UJIAN PEPERIKSAAN
    Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran.
9.1 Kehadiran dalam semua peperiksaan/ujian adalah wajib.
9.2 Murid-murid hendaklah menjauhi sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.
9.3 Murid-murid yang mempersendakan dalam bentuk apa sekalipun akan dihukum.
9.4 Murid-murid hendaklah mematuhi arahan peperiksaan yang dikeluarkan.

10) KEGIATAN KOKURIKULUM.
10.1 Kegiatan ko-kurikulum ialah gerakkerja yang dijalankan oleh pelajar di luar masa pembelajaran di kelas seperti:-
1. Persatuan/kelab
2. Unit Beruniform
3. Sukan/Permainan
10.2 Murid-murid dikehendaki mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu kegiatan dalam                    Persatuan/kelab, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan.
10.3 Murid-murid adalah wajib hadir untuk menjalankan kegiatan/latihan bagi kegiatan luar bilik darjah di mana ianya menjadi ahli.
10.4 Semasa mengikuti kegiatan/latihan ko-kurikulum, murid-murid hendaklah menunjukkan minat,                 bakat, kebolehan dan semangat pertandingan yang sihat serta mencuba untuk mencapai kejayaan.

11) KENDERAAN.
11.1 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan.
11.2 Kenderaan itu hendaklah dikunci.
11.3 Murid-murid tidak dibenarkan menunggang kenderaan dalam kawasan sekolah. Kenderaan yang dibawa hendaklah disorong bila masuk/keluar kawasan sekolah.
11.4 Kenderaan mestilah lengkap dan selamat digunakan.

12) LAWATAN & PELAWAT-PELAWAT.
12.1 Sesuatu lawatan ke dalam/ ke luar negeri oleh 5 orang atau lebih murid- murid yang diiringi                  oleh  guru/guru dianggap sebagai rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.
12.2 Ibubapa/Penjaga yang datang dan berhajat membawa murid berkenaan kerana sesuatu sebab                  darurat, maka kebenaran daripada Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

13) KEBERSIHAN.
13.1 Personaliti seseorang dapat dilihat daripada kebersihan diri dan pakaian yang bersih serta kemas. Oleh itu murid-murid mestilah selalu menjaga: -
a) Kebersihan diri terutama rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan.
b) Kebersihan pakaian.
c) Kebersihan alatan belajar.
13.2 Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemari kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan                  sekolah.

14) LARANGAN-LARANGAN
14.1 Murid-murid di bawah umur 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti                  politik.
a) Merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik atau mana-mana parti atau pertubuhan politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya.
b) Dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seseorang atau beberapa orang lain dalam sesebuah pilihanraya, berucap atau mengganggu mana-mana perjumpaan yang sah.
c) Menyebar/menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi pihak/untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.
14.2 Surat menyurat.
a) Murid-murid dilarang mnulis surat kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok                    komunis, di dalam atau di luar negeri.
b) Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan sama ada di dalam atau di luar negeri yang bukan blok komunis hendaklah melalui pengetua.
14.3 Murid-murid yang ingin menjadi ahli/menyertai aktiviti badan luar hendaklah mendapat                                  kebenaran Pengetua.
14.4 Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik/pertunjukkan fesyen.
14.5 Murid-murid dilarang berada di kawasan larangan tanpa kebenaran guru.
14.6 Lain-lain yang tidak disebut di atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam.
14.7 Barang-barang larangan:
    Murid-murid dilarang membawa barang-barang berikut ke sekolah;
a. Majalah/buku hiburan.
b. Majalah/buku lucah.
c. Sebarang peralatan yang boleh dijadikan senjata.
d. Pita video dan permainan video (Video game).
e. Rokok dan mancis/pemetik api.
f. Daun terup, buah dadu atau sebarang alat untuk tujuan berjudi.
    Murid-murid juga dilarang memakai/menggunakan barang-barang seperti berikut;
a. Barang-barang kemas/perhiasan tiruan.
b. Alat solek.
c. Beg sekolah yang diconteng dengan perkataan lucah.
d. Cermin mata berwarna gelap/Sun glases.
e. Cecair pemadam/liquid paper.
f. Kertas tisu
14.8 Larangan Berkahwin - Murid-murid tidak dibenarkan berkahwin sepanjang masa                                         persekolahannya semasa di sekolah ini.

15) AM.
15.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai baik yang dipelajari di sekolah.
15.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik sekolah
15.3 Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan/arahan lain yang dikeluarkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

16) PELANGGARAN DISIPLIN ( Rujuk Peraturan Disiplin Pelajaran )
16.1 Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku jenayah:
16.1.1 Memeras ugut
16.1.2 Menjadi anggota kumpulan jahat/haram
16.1.3 Terlibat dengan dadah
16.1.4 Berjudi
16.1.5 Mencuri
16.1.6 Memukul guru/pengawas/murid-murid lain
16.1.7 Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat
16.1.8 Mengancam Pengetua/guru-guru/murid-murid lain (amaran yang serius dan merbahaya)

    16.2 Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku lucah atau biadap.
16.2.1 Membaca , meninjau dan menyebarkan bahan-bahab dan gambar-gambar lucah
16.2.2 Mengintai murid-murid perempuan
16.2.3 Bercumbu-cumbuan
16.2.4 Menggunakan kata-kata lucah
16.2.5 Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah

    16.3 Pelanggaran yang dianggap sebagai tingkahlaku anti sosial:
16.3.1 Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik persendirian
16.3.2 Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah asrama
16.3.3 Membuat bising dan mengganggu ketenteramaan umum dikelas
16.3.4 Bergaduh dan berlawan
16.3.5 Berkelakuan biadap terhadap guru/Pengetua.( sikap bongkak atau membuat penghinaan)
16.3.6 Mengadakan pelancoan (ragging) dalam apa jua bentuk rupa
16.3.7 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran atau balik kampung, ke rumah ibu                           bapa/penjaga/saudara mara tanpa kebenaran
16.3.8 Menyalahkangunakan kemudahan sekolah/kuasa yang diamanahkan kepadanya
16.3.9 Melanggar peraturan peraturan-peraturan dan undang-undang ynag dikuatkuasakan oleh                           sekolah/atau/dan /Pejabat Pelajaran .
16.3.10 Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu/mendapat kebenaran pihak                           sekolah/Pengetua
16.3.11 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

    16.4 Perbuatan-perbuatan curang atau tingkahlaku tidak jujur/tidak amanah
16.4.1 Meniru dalam ujian/peperiksaan
16.4.2 Meniru tandatangan ibu bapa / penjaga/pengetua/guru-guru
16.4.3 Bercakap bohong
16.4.4 Mengubah markah
16.4.5 Ponteng kelas

    16.5 Perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku tidak sopan:
16.5.1 Berbahasa kasar dan mengarut
16.5.2 Tidak menghormati guru/pengawas
16.5.3 Menhisap atau memiliki rokok
16.5.4 Berambut panjang
16.5.5 Tidak memberi perhatian pada masa guru sedang mengajar
16.5.6 Selalu datang lewat ke kelas
16.5.7 Lalai dan cuai terhadap pelajaran
16.5.8 Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan
16.5.9 Masih membantah hukuman guru/pengetua, sekalipun sudah diberi tiga atau empat kali   
                       amaran.
16.5.10 Mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan kehendak peraturan disiplin sekolah

  
16.6 Kesalahan - Tatatertib yang berat:
16.6.1 Menjadi anggota kumpulan jahat / pertubuhan haram
16.6.2 Membawa/memiliki senjata merbahaya dengan tujuan jahat
16.6.3 Memukul guru/pengetua/pengawas/murid-murid lain
16.6.4 Mengancam Pengetua/ guru/ murid-murid lain (dengan ancaman yang serius dan merbahaya)
16.6.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah                       atau Pejabat Pelajaran.
16.6.6 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu dan mendapat kebenaran pihak                          sekolah/Pengetua
16.6.7 Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-guru atau sebarang milik persendirian
16.6.8 Mencuri
16.6.9 Terlibat dengan dadah
16.6.10 Terlibat dengan minuman keras atau yang memabukkan
16.6.11 Menghisap/memiliki rokok
16.6.12 Berjudi
16.6.13 Membantah hukuman guru/Pengetua, sekalipun sudah diberi tiga atau empat kali amaran
16.6.14 Berkelakuan biadap terhadp guru/Pengetua ( menunjukkan sikap bongkak atau membuat                            penghinaan)
16.6.15 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum

    16.7 Jenis Hukuman:
            Tertakluk kepada berat ringannya kesalahan yang dilakukan. Hukuman yang boleh dikenakan ke atas seorang pelajar ialah:

            16.7.1 Diberi teguran dan amaran bertulis
16.7.2 Dirotan
16.7.3 Digantung persekolahan
16.7.4 Membayar gantirugi
16.7.5 Menarikbalik biasiswa yang diberi
16.7.6 Lain-lain hukuman yang difikirkan sesuai

SURAT PENGAKUAN


Pengakuan murid

Saya …………………..No K/P…………………….Murid Tingkatan…………., dengan ini mengaku telah membaca dan memahami peraturan disiplin sekolah dan berjanji akan mematuhinya. Saya juga berjanji untuk bersedia menerima hukuman, jika saya didapati melanggar peraturan disiplin sekolah.


Tandatangan……..…………..

Nama…………….………….

Tarikh…………….………….