ani_colorbar.gif (4491 bytes)

ani_globe.gif (25224 bytes)11.gif (22502 bytes)ani_globe.gif (25224 bytes)

PENYAMPAI MAKLUMAT TERKINI

bil. 4, Jilid 2                      Mac 1999

ani_bluline.gif (11170 bytes)

Disiplin - Pelajar Tingkatan 1 Lebih Baik Berbanding Pelajar Tingkatan 2

 fistslam.wmf (8758 bytes)Guru Kanan Disiplin Sidang Petang

Disiplin pelajar tingkatan 1 lebih baik berbanding pelajar tingkatan 2. Demikian dinyatakan oleh En. Sinin b. Mokreh, guru disiplin sidang petang. Disiplin yang ditunjukkan oleh pelajar tingkatan 2 adalah kurang memuaskan.

Menurutnya, kesalahan disiplin utama pelajar lelaki ialah kegagalan memakai tali leher serta berambut panjang. Manakala bagi pelajar perempuan pula didapati gemar menyimpan kuku sehingga panjang.

Bagi kes ponteng,, tindakan tegas telah diambil. Pelajar ponteng tanpa sebab akan dirotan untuk setiap hari tidak hadir ke sekolah. Hukuman ini dilaksanakan oleh Penyelia Petang pada perhimpunan tengah hari sebelum masuk ke kelas. Kesan daripada pelaksanaan hukuman ini, kes ponteng didapati telah berkurangan kecuali pada hari Jumaat

Menurut En. Sinin lagi, terdapat segelintir pelajar melakukan kesalahan disiplin yang berat seperti merokok. Walau bagaimanapun, kesalahan ini dilakukan di luar daripada kawasan sekolah. Oleh itu, tindakan sukar diambil kerana kekurangan bukti. Namun begitu, tindakan akan tetap diambil setelah mendapat bukti yang kukuh.

Dan sebagai kesimpulannya, En. Sinin menyatakan bahawa disiplin pelajar secara keseluruhannya masih lagi terkawal dan kes-kes disiplin yang berlaku lebih melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN ACARA SUKAN YANG DISERTAI SEMEKA

PADA PERINGKAT MSSD PENGERANG

KEJOHANAN PINGPONG

MSSD PENGERANG

Kategori Perempuan 18 (Bukan Cina)

Perseorangan                 Johan - Rahila Roslan                 N/Johan - Faezah Mesnan

Beregu                             Johan - Rahilah Roslan & Norhazatul Jaafar

Kategori Lelaki 18 (Bukan Cina)

Perseorangan                 N/Johan - Ibrahim Abd Ghafar

Beregu                             N/Johan - Ibrahim Ghafar & Murad Ali

Guru Pengiring/Jurulatih :    En. Kassim Selamat

KEJOHANAN OLAHRAGA

MSSD PENGERANG

Keputusan                     Johan Keseluruhan (283 mata)

Pungutan Pingat           EMAS - 26             PERAK - 21             GANGSA - 20

Atlit Terbaik Mengikut Kategori

L18 - Khairunizam Sam ( 3 emas)         L15 - Marthialagan a/l Krishnan  (4 emas)   

                                                                      P15 - Faridah Saruni ( 5 emas)

Peserta  Perempuan Terbaik Kejohanan : Faridah Saruni

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

TAHUKAH ANDA?

Purata seseorang akan hilang 0.5 - 1 liter air sebagai peluh setiap hari

Bermula daripada usia 30 tahun, seluruh tubuh manusia akan mengecut sedikit demi sedikit

              Buaya akan menelan batu untuk memberatkan badannya supaya mudah menyelam

ani_new1.gif (1012 bytes)ani_heart.gif (4940 bytes)// Hal.1  // ani_update.gif (1796 bytes) Hal.2  //ani_update.gif (1796 bytes) Hal.4