ani_colorbar.gif (4491 bytes)

ani_globe.gif (25224 bytes)11.gif (22502 bytes)ani_globe.gif (25224 bytes)

PENYAMPAI MAKLUMAT TERKINI

bil. 4, Jilid 2                      Mac 1999

ani_bluline.gif (11170 bytes)

Pelajar Perlu Hayati Ikrar Yang Dilafazkan - YDP PIBG

"Saya merasa kecewa di atas sikap dan tingkah laku pelajar SEMEKA kerana disiplin pelajar ketika berada di sekolah amat tinggi tetapi tidak ketika berada di luar sekolah." Demikian luahan perasaan YDP. PIBG Semeka, En. Japri b. Jamhari ketika melancarkan "Kempen Menabung 10sen".

Menurutnya, perkara ini dapat dilihat dari segi kedatangan pelajar terutamanya pada hari Jumaat yang agak membimbangkan. Daripada tinjauan beliau, pelajar yang ponteng sekolah kebanyakannya melepak dan berkhayal di ladang kelapa sawit. Sikap dan tingkalaku ini sebenarnya amat membimbangkan. Selain itu, terdapat juga segelintir pelajar perempuan yang memandu motosikal dengan laju dan menghala ke ladang-ladang kelapa sawit tanpa diketahui tujuannya.

En. Japri menjelaskan, gejala yang berlaku ini berpunca daripada sikap pelajar yang hanya melafazkan sumpah, taat setia serta ikrar hanya setakat di bibir sahaja tetapi tiada penghayatan terhadap ikrar berkenaan.

Beliau seterusnya berharap agar anak- anak akan menjaga kehormatan diri kerana ia adalah anugerah Allah. Walaubagaimanapun, En. Japri menyatakan bahawa teguran yang dibuat ini bukanlah untuk mencari kesalahan pelajar tetapi lebih didorong oleh perasaan kasih dan sayang terhadap anak-anak pelajar agar mereka dapat mengubah sikap ke arah yang lebih positif. En. Japri seterusnya berharap agar anak-anak pelajar dapat menunjukkan sikap yang baik kepada masyarakat di Felda Gugusan Adela.

Dalam ucapan sempena pelancaran Kempen Menabung 10 sen, En. Japri menegaskan bahawa matlamat kempen ini dijalankan adalah untuk membudayakan Sekolahku-Rumahku. Melalui program ini, setiap pelajar digalakkan untuk memberi sumbangan sekurang-kurangnya 10 sen seminggu selepas perhimpunan mingguan ke dalam tabung berkenaan. Menurut beliau, program ini adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan PIBG dan segala sumbangan yang diterima akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek yang akan dijalankan oleh pihak sekolah.

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

KEM PENGURUSAN ORGANISASI

Kem Pengurusan Organisasi telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 21 Mac yang lalu. Perkhemahan anjuran bahagian KoKurikulum Semeka ini bertujuan untuk melahirkan barisan pemimpin yang berdisiplin, berani, bertanggungjawab dan mempunyai sahsiah diri yang baik.

Penyelaras perkhemahan, Cikgu Majid b. Chik, berkata, peserta bagi perkhemahan ini terdiri daripada AJK tertinggi kelab, persatuan dan unit beruniform yang ada di Semeka. Beliau menyatakan bahawa sepanjang perkhemahan ini dijalankan, para peserta telah memberikan komitmen yang sangat baik, dapat menunjukkan pengurusan dengan baik dan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

En. Majid turut menjelaskan bahawa pada peringkat awal perkhemahan, para peserta berasa tertekan dari segi mental dan fizikal. Tetapi menurutnya, ini bertujuan untuk melatih pelajar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Perasaan tertekan yang timbul itu sebenarnya dapat menguji kesabaran para peserta.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah perjalanan organisasi, kepimpinan dan latihan dalam kumpulan yang menjurus kepada kerjasama kumpulan, dan latihan fizikal.

En. Majid berharap, selepas menyertai perkhemahan ini, para pemimpin tinggi kelab, persatuan dan unit beruniform akan dapat mentadbir dengan lebih berkesan. Beliau seterusnya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua fasilitator terutamanya guru-guru yang telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada semua peserta perkhemahan. Beliau percaya para peserta tidak mempunyai perasaan negatif kepada para fasilitator kerana segala aktiviti yang dibuat adalah untuk kebaikan para peserta itu sendiri.

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

muhasabah diri bersama Panitia Pendidikan Islam

Sentiasa Bertaubat

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelombang." Begitu jugalah perihalnya dengan diri manusia yang sering melakukan kesilapan dan keterlanjuran. Sudah menjadi sifat semula jadi manusia bahawa ia adalah makhluk yang berdosa. Dosa yang dilakukan itu sama ada yang besar atau yang kecil, secara sengaja atau tidak, maka itu bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan ilmu yang ada pada diri manusia itu.

Meskipun demikian hakikatnya diri kita, namun Allah s.w.t. masih memberi jalan keluar iaitu jalan keselamatan agar dosa-dosa yang kita lakukan akan diampunii dan gembira untuk mendiami syurganya di akhirat. Jika tidak, tentunya dosa yang tidak terampun itu akan menjahanamkan diri kita bukan sahaja di dunia malah lebih-lebih lagi di akhirat.

Sebab itu, Allah s.w.t. sangat menyuruh kita sentiasa bertaubat. Bertaubat dalam erti kata yang sebenar bukan sekadar cita-cita sahaja atau sebagai mengambil kesempatan semata-mata. Tetapi hendaklah bertaubat dengan bersungguh-sungguh demi hati yang benar-benar takut kepada Allah s.w.t.

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

Nasihat Rasulullah

Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina sekiranya bertaubat Allah terima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpat memaafkannya.

 

 

ani_new1.gif (1012 bytes)ani_heart.gif (4940 bytes)// Hal.1  // ani_update.gif (1796 bytes)  Hal.3 //ani_update.gif (1796 bytes) Hal.4