ani_colorbar.gif (4491 bytes)

// Hal 1 // Hal 3 // Hal 4

ani_bluline.gif (11170 bytes)


perasmi.gif (110028 bytes)

‘MALAYSIA BOLEH’ SESUAI DIPRAKTIKKAN DALAM SUKAN - EN. ABD. RAHMAN

"Sukan merupakan satu aktiviti kokurikulum yang boleh membantu mencapai kecemerlangan dalam hidup." Demikian dinyatakan oleh En. Abd. Rahman Salleh, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Kecil Pengerang sebelum merasmikan kejohanan Olahraga Kali Ke-13 SEMEKA Menurutnya, kerjasama yang erat antara ibubapa, guru dan pelajar boleh membantu mempertingkatkan lagi mutu sukan. Selain itu, kejohanan-kejohanan sukan di peringkat sekolah boleh membantu mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Encik Abd. Rahman menegaskan semangat "Malaysia Boleh" boleh diterapkan dalam kehidupan seharian termasuk kegiatan sukan. Dengan semangat ini akan membolehkan bangsa Malaysia menyaingi bangsa lain dan seterusnya mendapat pengiktirafan daripada mereka.

Encik Abd. Rahman juga menyatakan bahawa beliau akan mengajukan permohonan Pengetua Semeka untuk pembaikan jalan dan padang SEMEKA dan menegaskan bahawa SEMEKA akan turut menikmati arus pembangunan.

Beliau turut melahirkan rasa berterimakasih kerana dijemput merasmikan kejohanan ini dan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru, PIBG, RELA dan para pelajar kerana komitmen mereka dalam menjayakan temasya ini.

KITA PERLUKAN LEBIH MASA UNTUK LATIHAN - KETUA GURU RUMAH SUKAN

Cikgu Diana Ahmad Busra (Penolong Ketua Guru Rumah Sukan Tun Sri Lanang)

Atlit TSL sudah bersedia sejak awal lagi. Atlit TSL telah berlatih sejak Kejohanan Sukantara kira-kira 3 minggu yang lalu. Selain itu, para arlit telah didedahkan dengan latihan rumah pada hari Selasa dan Khamis pada setiap minggu. Strategi TSL ialah menumpukan sepenuh perhatian kepada acara kegemaran terutamanya acara balapan. Walaubagaimanapun, sedikit kekecewaan kerana keadaan pada yang agak licin yang menghalang para atlit daripada menunjukkan keupayaan maksimun mereka. Saya merasa bangga dan gembira kerana TSL telah berjaya menjadi johan Sukantara dan berharap kemenangan TSL dalam kejohanan kali ini.

Cikgu Saiful Bahry (Ketua Guru Rumah Sukan Zaaba)

Menurut En. Saiful, persediaan atlit adalah kurang kerana masa yang diperuntukkan adalah terlalu sedikit. Menurutnya, masa yang diperlukan bagi melatih atlit minimanya 1 atau 2 tahun. Bagi beliau, masa yang diperuntukkan selama satu minggu itu hanyalah sekadar menyesuaikan atlit dengan keadaan padang. Beliau berharap atlit Zaaba dapat melahirkan komitmen yang tinggi dan berjaya bukan sekadar di peringkat sekolah malahan ke peringkat kebangsaan. En. Saiful menjelaskan pada tahun ini beliau tidak mempunyai sebarang strategi dan mungkin pada tahun hadapan perancangan yang lebih teliti akan dapat dibuat. Ini kerana beliau baru sahaja memegang jawatan ini.

Cikgu Hilmi Azani Hussein (Ketua Guru Penasihat Rumah Sukan Munsyi Abdullah)

Cikgu Hilmi menjelaskan kegiatan kokurikulum sukan pada tahun ini kurang mendapat sambutan pelajar berbanding pada tahun lepas. Ini dapat dilihat pada kehadiran ke Kejohanan Sukantara kerana diadakan di luar waktu persekolahan iaitu pada waktu petang. Berdasarkan kejohanan itu, prestasi pasukan Munsyi agak merosot berbanding tahun lalu.

En. Hilmi juga menjelaskan bahawa latihan untuk para atlitnya agak kurang kerana banyak cuti sebelum hari kejohanan. Ini menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan dengan seimbang. Malah pasukannya hanya dapat berlatih pada hari Isnin dan Selasa hanya untuk beberapa minggu sahaja. Beliau berharap pasukan Munsyi akan mengekalkan kejuaraan yang telah dimenangi sejak tiga tahun lalu.

Cikgu Abdul Razak Md. Dadi (Ketua Guru Rumah Sukan Harun Aminurrashid)

Menurut beliau adalah dalam keadaan memuaskan. Keadaan atlit sebelum dan semasa kejohanan adalah baik iaitu tiada masalah yang ditimbulkan oleh para atlit. Strategi yang digunakan adalah sama seperti tahun lepas seperti penyusunan atlit untuk acara berganti-ganti. En. Abdul Razak berharap agar rumah sukan Harun akan sentiasa di tempat teratas berbanding empat pasukan yang lain.

Hal 1 // Hal 3 // Hal 4