ani_new1.gif (1012 bytes) // Hal 2 // Hal 3 // Hal 4ani_globe.gif (25224 bytes)ani_colorbar.gif (4491 bytes)

len12.gif (25935 bytes)info11.gif (7567 bytes)       PENYAMPAI MAKLUMAT TERKINIani_bluline.gif (11170 bytes)

    BIL 3 JILID 2 : (EDISI KHAS)         HARGA 10SEN           EDARAN DALAMAN SAHAJA       MAC 1999

SEMEKA MENUJU ERA SEKOLAH BERKESAN - PENGETUA

Sekolah Berkesan ialah sekolah yang dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi yang baik berbanding dengan sekolah lain yang mempunyai pelajar yang sama yakni sama dari segi kehidupan, dan mata pencarian. Menurut Pengetua SEMEKA, Tn. Hj. Sufaat b. Tumin, terdapat sebelas ciri bagi menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai Sekolah Berkesan. Antaranya ialah pencapaian akademik yang melebihi teori pertama iaitu pencapaian akademik yang tidak terhad dan bukan hanya diukur melalui peperiksaan.

Menurut Tn. Hj. Sufaat lagi, ciri lain untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai Sekolah Berkesan ialah kepimpinan yang profesional, matlamat dan visi yang dikongsi bersama, persekitaran yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran, adanya penumpuan dalam pelajaran dan pengajaran yang berterusan.

Selain itu, Sekolah Berkesan juga mestilah mempunyai ciri membuat jangkaan yang tinggi, pengukuhan yang positif, pemantauan kemajuan, hak dan tanggungjawab seseorang pelajar, adanya permuafakatan antara pihak sekolah dengan masyarakat sekitar dan warga sekolah yang sama-sama ingin belajar. Semua ciri adalah diperlukan untuk memastikan sesebuah sekolah itu boleh menjadi Sekolah Berkesan.

Tn. Hj. Sufaat juga menjelaskan bahawa memang wujud beberapa masalah dalam pelaksanaan Sekolah Berkesan. Antaranya ialah tiadanya kerjasama antara guru dan pelajar. Keadaan ini boleh menggagalkan hasrat pembinaan Sekolah Berkesan. Walau bagaimanapun, Tn. Hj. Sufaat menegaskan bahawa permasalahan itu mesti ditangani bagi membuktikan SEMEKA adalah sebuah sekolah yang berkualiti dan mampu menyaingi sekolah-sekolah lain sama ada sekolah berasrama penuh atau sekolah biasa. Beliau seterusnya berharap semua pihak yang terlibat akan saling membantu bagi menjelmakan hasrat mewujudkan Sekolah Berkesan ini.

 


Hal 2 // Hal 3 // Hal 4