Make your own free website on Tripod.com

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

NOTA PANDUAN TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU 2 SPM

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

Nota ini disampaikan untuk ceramah teknik menjawab peperiksaan peperiksaan bahasa Malaysia kertas 2 di sekolah-sekolah daerah Kota Tinggi. Nota ini sekadar panduan sahaja. Kejayaan cemerlang dalam kertas ini bergantung kepada usaha dan kegigihan pelajar-pelajar sekalian. Semoga nota ini dapat membantu kalian. Insyallah.

Azman bin Adnan

Penolong Kanan (HEM)

Sekolah Menengah Kebangsaan Adela)

PANDUAN DAN TEKNIK MERUMUS PETIKAN

Nota:

Bahagian merumus lazimnya mendatangkan masalah kepada pelajar, terutama bagi mereka yang tidak bersedia atau malas mengulangkaji. Merumus juga ibarat mencantas pokok yang rendang. Oleh itu kerja mencantas perlu dilakukan pada ranting-ranting yang kecil bukan pada bahagian dahan atau batang dan perlu dilakukan berhati-hati untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Berikut dicadangkan panduan merumus yang menepati kehendak peperiksaan.

1. Markah penuh : 30 markah (Isi=20 dan Bahasa=10)

2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat.

markah bahasa diberi separuh daripada markah isi

2.     Formula isi dan markah

Isi

A

B

C

D

E

Jum. Isi

Markah

Pen Pengenalan

1

1

1

1

1

1

2

Tersurat

6

5

4

3

2

2-6

4-12

Tersirat

2

3

4

5

6

2-6

4-12

Kesimpulan

1

1

1

1

1

1

2

Jum. isi

10

10

10

10

10

10

 
Jum. Markah

20

20

20

20

20

20

20

 

3.  Asas pemberian markah bahasa

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian isi
Baik

15-20

7-10

Kesinambungan isi baik, struktur ayat baik, kosa kata luas, tanda baca/ejaan baik
Sederhana

8-14

4-7

Kesinambungan isi masih baik, struktur/tatabahasa baik, kosa kata masih memuaskan dan tanda baca/ejaan masih memuaskan
Lemah

1-7

1-4

Pada keseluruhannya dalam kekurangan/tidak memuaskan.

            Nota : Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan antara 100 – 120

            patah perkataan, markah bahasa diberi ialah 0.

        4.  Kaedah mengira perkataan.

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

nama khas – Contoh : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

perkataan berganda – Contoh: berbual-bual

kata depan – Contoh: di kedai, ke pasar

angka dengan nombor atau perkataan – Contoh: Dua ratus ribu, 2020

gelaran – Contoh: Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

tarikh - 28 Februari 1998

Perkataan yang dikira lebih daripada satu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB (3 patah kata)

5. Jumlah perkataan

Antara 100 – 120 perkataan. Jika calon mengemukakan lebih 120 perkataan, markah tidak dipotong. Patah perkataan selepas 120 diabaikan.

6. Perenggan

Dicadangkan 4 perenggan (pengenalan, isi tersurat, tersirat dan kesimpulan)

dengan selang sebaris antara perenggan. Rasionalnya supaya pemerika dan calon lebih mudah menyemak isi dan jawapan.

7. Masa menjawab

Dicadangkan peruntukan masa selama 35 minit sahaja dengan kombinasi masa  5 minit – membaca & memahami petikan, 12 minit mengesan isi, 13 minit menulis jawapan, dan 5 minit untuk menyemak/mengira perkataan/membaiki kesilapan.

8. Lain-lain

Tuliskan jumlah patah erkataan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan rumusan anda. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat. Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca.

 

Strategi mengesan dan menulis pendahuluan.

1. Pendahuluan bermaksud pemahaman calon tentang keseluruhan petikan.

2. Cara mengesan dengan membaca, menganalisis dan memahami:

(a) arahan/kata kunci soalan }

(b) keseluruhan isi/intipati petikan } pendahuluan yang mantap

(c) sumber petikan }

3. Menulis dengan menggunakan kata kunci/dimulakan dengan frasa:

Petikan ini memperkatakan/berhubung/menyatakan tentang ………..

Petikan ini menyentuh tentang --------

Petikan ini memberi komen tentang ----------

Petikan ini membincangkan/memperkatakan/mengulas tentang ……….

4. Pengenalan boleh diambil daripada:

kata kunci arahan soalan (1 markah sahaja)

kata kunci arahan soalan yang diubahsuai mengikut pemahaman keseluruhan petikan. (2 markah)

Nota: lihat contoh soalan & skema markah.

5. Pengenalan tidak boleh diambil daripada isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan.

6. Ditulis dalam satu ayat sahaja.

    Contoh-Contoh Pengenalan.

Petikan tersebut memperkatakan tentang perkembangan perubatan dan kesihatan sebelum dan selepas merdeka. (SPM1993)

Petikan ini menyentuh tentang pandanagan penulis berhubung dengan beberapa kelemahan pihak bomba mengatasi kebakaran (SPM 1994)

Petikan membincangkan kesan-kesan negatif proses pembandaran terhadap instituti keluarga. (SPM 1995)

Petikan membicarakan kemajuan Malaysia bergantung kepada perkembangan teknologi telekomunikasinya. (SPM1996)

Petikan ini membicarakan tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (SPM1997)

Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersurat

1. Isi tersurat ialah isi yang dinyatakan dalam petikan dan menepati kehendak soalan.

2. Kesan isi tersurat berdasarkan kehendak soalan/kata kunci soalan sahaja

3. Aspek yang perlu diambilkira semasa mencantas isi:

Contoh langsung tidak perlu dimasukkan. Ia dapat dikesan dalam petikan melalui kata-kata berikut: (seperti, dalam bentuk, termasuk, umpamanya, diantaranya, contohnya, iaitu dan misalnya)

Contoh: Klon-klon baru iaitu KKM22 dan KKM28 telah diperkenalkan oleh MARDI.

Contoh tidak langsung juga tidak perlu dimasukkan. Contoh: Tindakan kerajaan terhadap pengemis dengan menangkap, menahan, menempatkan di rumah kebajikan atau menghantar pengemis asing pulang ke negara asal menelan belanja yang besar.

Huraian sesuatu konsep tidak perlu dimasukkan. Contoh: Mak Yong merupakan satu daripada drama yang menggunakan alat-alat tradisonal.

Gantikan rangkai kata yang panjang dengan konsep yang sama maksud. Contoh: pasir, simen, batu marmar, kepingan atap (bahan binaan)

Jika rangkaikata yang panjang tidak digantikan dengan satu konsep, masukkan sekurang-kurannya 2 item supaya markah tidak dipotong. Contoh: bencana alam (hakisan, dan banjir/tanah runtuh/taufan/kebakaran)

Isi yang berkait dalam beberapa ayat perlu dimasukkan dalam keseluruhan isi tersebut. Contoh: Thailad telah berjaya berbuat demikian. Begitu juga Singapura dan Singapura. Negara-negara ini mempunyai kesitimewaan yang tersendiri. (Thailad, Indonesia dan Singapura telah berjaya berbuat demikian kerana mempunyai keistimewaan tersendiri)

Penanda wacana tidak perlu dimasukkan . Contoh: walau bagaimanapun, di samping itu, namun begitu, oleh itu.

Konsep yang sama pilih satu yang lebih ringkas. Contoh: Perbadanan Kemajuan Pelancongan atau TDC – (Pilih TDC)

Jika petikan tersebut ceramah/ucapan/syarahan, maka kata-kata aluan, kata ganti diri orang yang bercakap dan penutup tidak perlu dimasukkan Contoh: Saya masih dapat membayangkan bagaimana kanak-kanak menderita akibat penyakit difteria, batuk kokol dan tibi. (Kanak-kanak menderita akibat pelbagai penyakit). Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih……. (kata-kata aluan tidak perlu)

Huraian isi tidak perlu dimasukkan dalam isi tersurat. Contoh: Setiap balai bomba perlu mempunyai kakitangan dan peralatan yang mencukupi (1) Tidaklah masuk akal sekiranya usaha-usaha penyelamatan tidak boleh dilakukan kerana masalah tangga atau ketiadaan air atau kekangan lain…… (2) Isi (2) tidak perlu kerana berupa huraian isi (1).

Jika petikan mempunyai kata kunci soalan, semua isi tersurat yang perlu dimasukkan mestilah berkaitan dengan kehendak kata kunci soalan. Contoh: Buat rumusan tentang peranan telekomunikasi di Malaysia ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 (Julai 1996). Isi tersirat mestilah berkait tentang peranan sahaja.

4. Tulis 1 isi dalam 1 ayat

Strategi Mengesan dan Menulis Isi Tersirat

Isi tersiratmerupakan lanjutan isi tersurat atau implikasi sisi tersurat yang tidak terdapat dalam petikan.

Isi tersirat mestilah sesuatu yang berkaitan dengan isi tersurat.

Isi tersirat dibuat dalam satu ayat sahaja.

Isi tersirat tidak boleh dibuat dalam bentuk cadangan/pendapat/usul.

Gunakan isi tersurat untuk mengesan/mengenalpasti isi tersirat dengan berdasarkan kehendak atau kata kunci soalan.

Jangan masukkan contoh dalam isi tersirat

Contoh SPM 1996:

Arahan: Buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permainan video di kalangan remaja. (Isi tersurat dan tersirat mesti menyentuh tentang kata kunci berkenaan)

Jawapan: Tersurat - Hiburan ini murah dan mudah didapati. {faktor}

- Remaja mampu ke pusat video kerana mempunyai wang. {faktor}

 

Strategi Mengesan dan Menulis Kesimpulan/Penutup

Kesimpulan merupakan satu cadangan/pendapat/ulasan tentang keseluruhan petikan yang diberi.

Ditulis dalam satu ayat sahaja.

Gunakan kata kunci/penanda wacana untuk membezakan isi tersirat dengan kesimpulan. Contoh : Kesimpulannya, Oleh itu, Oleh yang demikian.

Boleh kaitkan dengan wawasan 2020 jika petikan berkenaan berkaitan.

Contoh-Contoh Kesimpulan.

Oleh itu, kerjasama orang ramai dengan pihak bomba perlu untuk mencegah kebakaran (SPM 1994)

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah saling berkerjasama untuk mewujudkan masyarakat penyayang selaras dengan matlamat wawasan 2020. (SPM 1995)

Oleh yang demikian, segala halangan terhadap perkembangan teknologi komunikasi hendaklah diatasi oleh semua pihak. (SPM 1996)

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu menangani masalah pembalakan supaya tidak menjejaskan kestabilan alam sekitar. (SPM 1997)

Latihan Bengkel:

SKIMA MERUMUS PETIKAN

Arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan satu rumusan tentang akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang. Panjang rumusan hendaklah antara 100 – 120 perkataan sahaja.

PERATURAN PEMARKAHAN

Pengenalan/Pendahuluan [2 markah]

Rencana ini membicarakan tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang dan kesannya kepada negara. (2 markah)

Rencana ini memperkatakan tentang akibat aktiviti pembalakan di negaa ini pada

pada masa sekarang (1 markah)

Rencana ini membicarakan tentang aktiviti pembalakan di negara ini pada

masa sekarang. (1 markah)

Isi Tersurat [4 – 12 markah]

S1. Kawasan bukit bukau/tadahan hujan menjadi gondol/dimusnahkan. (2m)

S2. Kawasan peranginan/tanah tinggi/bukit menjadi semakin panas. (2m)

S3. Bekalan kayu balak/hasil balak negara turut berkurangan. (2m)

S4. 800 ribu hektar hutan/beratus ribu hektar hutan/banyak kawasan hutan

dibersihkan dalam setahun. (2m)

S5. Saiz balak yang ditebang seamakin kecil. (2m)

S6. Industri berasaskan kayu akan semakin berkurangan. (2m)

S7. Kayu balak terpaksa diimport.

Isi Tersirat [4 – 12 markah]

T1 Pembalakan menyebabkan berlakunya bencana alam. (S1) (2m)

Pembalakan menyebabkan berlakunya banjir, hakisan, dan tanah runtuh.

T2 Kawasan tadahan air/hujan turut terjejas/musnah. (S1) (2m)

T3 Keseimbangan ekosistem/alam sekitar terjejas. (S1/S2) (2m)

T4 Habitat kehidupan tumbuhan dan binatang/flora dan fauna musnah. (S1) (2m)

T5 Industri pelancongan terjejas/pelancong luar negeri enggan berkunjung

ke negara ini. (S2) (2m)

T6 Perbelanjaan negara meningkat untuk pemulihan hutan (S3) (2m)

T6 Kawasan pembalakan/hutan semakin berkurangan/kecil (S4) (2m)

T7 Negara kekurangan hutan semulajadi. (S4) (2m)

T8 Pendapatan negara daripada sumber pembalakan merosot. (S5) (2m)

T9 Kualiti mutu balak yang dikeluarkan rendah (S5) (2m)

T10 Perbelanjaan negara meningkat kerana balak terpaksa diimport. (S6) (2m)

T11 Pembangunan industri berasaskan kayu terjejas/menghadapi masalah. (S7) (2m)

Keimpulan/Penutup (2 markah)

Oleh yang demikian, usaha penebangan balak perlulah terancang agar tidak mendatangkan masalah.

Kesimpulannya, kerajaan perlulah menangani masalah pembalakan ini supaya tidak mendatangkan kesan negatif.

Oleh yang demikian, penanaman huta perlu dilakukan agar industri pembalakan dapat diteruskan.

Kesimpulannya, kerajaan mesti memajukan industri yang bukan berasaskan kayu sebagai sumber pendapatan utama negara agar ekonomi negara terus stabil.

Nota: Konsep ada kawalan dan sebab perlu dikawal

 

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA (MODEN/KLASIK/SAJAK)

1. Soalan berasaskan petikan cerpen/novel/surat kiriman (soalan 2), petikan teks klasik (soalan 3a) dan sajak (soalan 3b)

2. Peruntukan markah : 30 (soalan 2) dan 20 markah (soalan 3(a) atau(b)

3. Bentuk soalan:

                           (a) makna kata atau rangkai kata berdasarkan penggunaan dalam petikan.

(b) pemahaman terhadap pelbagai aspek tersurat dan tersirat petikan.

4. Baca petikan sekurang-kurangnya 2 kali. Tandakan/gariskan aspek-aspek penting bagi memudahkan anda menjawab soalan dan memudahkan untuk memahami petikan.

5. Teliti kehendak soalan. Jawab apa yang ditanya sahaja, bukan jawab apa yang anda ketahui.

6. Jadikan markah di hujung soalan sebagai panduan menentukan panjang pendeknya jawapan/banyak sedikitnya isi.

7. Soalan makna kata atau rangkai kata:

cari kedudukan kata dalam petikan dan bermaksud mengikut penggunaan dalam petikan.

gunakan perkataan sendiri

jangan gunakan/ulang perkataan yang diuji kecuali perkataan tertentu. Cth: memalapkan suasana = menggelapkan suasana (0 markah)

jika jawapan diberi lebih daripada satu dan ada di antaranya salah, markah dipotong. Cth: matahari terjengul = sang suria terbit (/) , hari sudah siang (X) 2 - 1/2 = 1

jika kata berbentuk peribahasa, berikan masud tersirat. Cth: tali barut = orang yang menjadi penyampai rahsia.

Cara menulis – tulis semula kata/rangkai kata diuji dan tulis jawapan di sebelahnya.

Bagi prosa klasik, tuliskan makna dalam bahasa moden. Cth: telah datang pada ketika yang molek = sudah tiba masa yang sesuai.

Bagi soalan sajak, pelajar perlu berusaha untuk mencari maksud simbol atau perlambangan dalam setiap frasa. dan tidak tersilap mentafsir sajak. Cth: kamu lantang meledak sikap. "kamu" yang dimaksudkan ialah negara.

8. Soalan pemahaman:

tulis jawapan dalam ayat yang lengkap iaitu dengan mengambil sebahagian daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan jawapan anda.

tulis ayat yang ringkas tetapi lengkap daripada segi isi.

Boleh gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan isi.

jawab berdasarkan peruntukan markah diberi.

jangan jawab sebahagian isi sahaja kerana markah akan terjejas.

jangan menyalin bulat-bulat dan akan ditolak 50% markah.

awasi ejaan/bahasa/ayat. Sebarang kesalahan tatabahasa akan ditolak markah bagi setiap jawapan.

bagi soalan yang memerlukan pendapat, berikan pendapat yang munasabah dan ada kaitannya dengan persoalan.

jawab semua soalan yang diuji.

kesan semua isi bagi setiap perenggan dan pastikan isi yang diberi mencukupi.

9. Bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan:

(a) soalan pemahaman khusus/langsung. Contoh:

Siapakah Sudin? } jawapan bagi soalan seperti ini

Bagaimana keadaan Selat Dinding pada pagi itu? } biasanya dinyatakan dengan

Apakah pekerjaan Budin? } dengan jelas dalam petikan.

                                       (b) soalan berkait. Contoh:

Apakah maksud hidup biar berakal? Kenapa Ketua Kampung berkata demikian?

Nyatakan perbezaan pendapat antara Sudin dengan ketua kampung. Apakah alasannya?

Ulasan: Pastikan jawapn pertama berkait dengan yang kedua dan jangan campuradukkan jawapan pertama dan kedua. Cth: Yang dimaksudkan dengan hidup biar berakal dan ketua kampung berkata demikian ………(0 markah) Maksud hidup biar berakal……….. Ketua kampung berkata demikian ………… (betul)

            (c) soalan kemahiran berfikir. Contoh:

Pada pendapat anda, bagaimana acara untuk menyelamatkan aku? (penyelesaian)

Pada pendapat anda, adakah tindakan Halim wajar? (penilaian)

katakanlah anda anak Pak Karim, apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk membahagiakannya? (andaian)

Pada pendapat anda mengapa Pak Mahmud dikatakan telah berjasa kepada masyarakatnya (kreatif)

Ulasan: Jawapan biasanya tiada dalam petikan tetapi ada kaitan dengan isi/tema yang terdapat dalam petikan. Oleh kerana soalan ini berbentuh umum dan bercapah, gunakanlah jawapan-jawapan yang bersesuaian berdasarkan analisis dan pengetahuan anada.

Bagi soalan pemahaman klasik:

                          (a) jika calon sukar untuk memahami petikan walaupun telah berkali-kali mencba, cubalah                              mengagak berdasarkan penggunaan dan kesesuaian konteks ayat. Gariskan isi penting                              untuk memudahkan pemahaman.

(b) gunakan bahasa Melayu moden.

(c) jangan terpengaruh dengan struktur ayat bahasa klasik yang biasanya panjang dan berbelit-belit.

(d) perkataan `hatta’, `arakian’ dan sebagainya boleh digugurkan kerana ia hanya penyedap ayat.

(e) tukarkan ayat pasif yang banyak digunakan dalam teks klasik kepada struktur bahasa Melayu moden (ayat aktif) Contoh: Oleh baginda diceterakan (salah) Baginda menceritakan….. (betul)

(f) unsur perulangan yang banyak terdaat dalam teks klasik perlu diabaikan dan penggunaan bahasa songsang diperbetulkan.

Bagi soalan sajak:

(a) Aspek paling penting ialah pemahaman pelajar terhadap sajak yang diberi.

(b) hayati sajak dan kesan penanda penting dalam sajak seperti tema, dan simbol/perlambangan.

Kelemahan & cadangan:

(a) jawapan mesti lengkap/isi cukup dan ayat tidak tegantung. Banyakkan latihan.

(b) tulisan mudah untuk dibaca.

(c) jangan tulis jawapan dalam bentuk poin/nombor kerana akan menjejaskan markah.

(d) pastikan setiap jawapan ditulis nombor soalan.

(e) jawab ikut urutan khususnya bagi soalan-soalan pecahan supaya nampak lebih sistematik.

(f) setiap kesalahan bahasa akan ditolak markah mengikut pertimbangan pemeriksa.

(g) cadangan masa : 35 minit (soalan 2), 25 minit (soalan 3a atau 3b)

PANDUAN DAN TEKNIK MEMBINA AYAT

1. Markah diperuntukkan antara 10 – 12 markah. Markah setiap ayat antara 1 - 2.

2. Pasangan kata biasanya markah penuh 3.

3. Lazimnya terdapat 3 arahan:

membina satu ayat bagi setiap kata yang ditanya bagi menunjukkan pelajar faham makna kata tersebut. Contoh: junjung, pikul, jinjing, kepit, atau;

            membina dua ayat daripada sepasang kata yang disediakan bagi menunjukkan

perbezaan maksudnya. Contoh: bekal – bekam, lebam – lemah dll, atau;

membina dua ayat bagi setiap kata untuk menunjukkan perbezaan maksudnya. Contoh: haus, pokok, batu.

4. Gunakan ayat yang gramatis (tiada sebarang kesalahan tatabahasa). Setiap kesalahan tatabahasa ditolak markah.

5. Gunakan ayat yang sesuai di peringkat SPM. Dicadangkan ayat yang sesuai:

   [ Ayat majmuk/berlapis = Subjek + Predikat + Penerang]

6. Peraturan yang perlu dipatuhi:

Jangan tambah imbuhan pada kata yang diuji.

                           Jangan gandakan kata yang diuji.

Jangan gunakan kata diuji sebagai simpulan bahasa atau kiasan.

Jangan jadikan kata yang diuji sebagai nama khas.

Jika yang diuji pasangan kata, jangan rangkumkan kedua-dua kata dalam satu ayat.

7. Bentuk soalan lazimnya boleh dibahagi kepada 12 jenis. iaitu membina ayat daripada:

kata ganda. Contoh: baring-baring, sesiku, kumat-kamit, keanak-anakan.

kata yang hampir sama makna. Contoh: menebas, memotong, mencantas

kata dan kata berimbuhan. Contoh: korban, berkorban, terkorban.

pasangan kata dan kata ganda. Contoh: tua – tua-tua, bulat – bulat-bulat.

kata homograf. Contoh: perang, rendang, semak.

kata berimbuhan. Contoh: menerbangksn – diterbangkan.

pasangan kata ganda dan kata majmuk. Contoh: pahit-pahit – pahit manis.

pasangan kata dan kata ganda. Contoh: kecil – kecil-kecilan.

pasangan kata dan kata majmuk. Contoh: suku – suku sakat

pasangan kata ganda dan kata berimbuhan. Contoh: tegak-tegak – menegakkan.

pasangan kata yang berbeza maknanya. Contoh: cocok – cucuk.

kata banyak makna. Contoh: hangat, haus, cetek.

8. Langkah-langkah membina dan menulis ayat yang dicadangkan:

Baca dan fahami kehendak soalan sama ada perlu menulis satu ayat atau 2 ayat.

Cari dan fikirkan makna kata yang diuji.

Membina ayat daripada kata diuji.

Semak semula ayat dan baiki sebarang kesalahan atau kelemahan.

Tulis semula ayat berkenaan dengan kemas.

9. Aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam membina ayat dalam pasangan kata:

Jika buat 1 ayat sahaja dan betul, markah diberi 1 sahaja.

                          Jika bina lebih daripada 1 ayat dan 1 ayat itu betul penggunaanya, tolak markah

Ayat yang dibina seolah-olah satu ayat tetapi dengan adanya tanda (,) ayat dengan sendirinya menjadi 2 ayat. Markah diberi 0. Contoh: Meragamkan.

Ramai peragawati dari negara Erpkah melancong ke Malaysia, di samping itu mereka juga meragamkan pakaian.

10. Aspek-aspek lain yang perlu diambilkira dalam membina ayat:

Tiada markah bagi ayat yang tidak lojik atau tidak menunjukkan pemahamn calon.

Contoh: Saya tidak tahu membuat ayat daripada perkataan anggun.

Tiada markah bagi calon yang sengaja meninggalkan imbuhan pada perkataan yang diuji.

Jika menggunakan cakap ajuk, hendaklah lengkap dengan tanda-tanda baca. Contoh: "Arwah ayah kau pernah berpesan kepada emak supaya tidak mensia-siakan pelajaran kau," kata ibunya dengan suara tersekat-sekat.

Jika soalan memerlukan perbezaan makna sedangkan calon menulis kedua-dua ayat dengan makna yang sama, tiada markah diberi. Contoh: menurun.

Warna bajunya telah menurun setelah direndam beberapa hari.

Baju yang berharga murah biasanya menurun warnanya.

11. Terdapat kecenderungan pelajar menggunakan perkataan yang berimbuhan sedangkan ayat   berkenaan tidak memerlukannya. Cuba gunakan ayat:

larangan – usah, jangan

silaan – jemput, sila

permintaan – harap, tolong, minta.

12. Bagi sesetengah kata yang sukar difahami, perlu rajin merujuk Kamus Dewan.

Latihan Bengkel :

Binalah satu ayat bagi setiap kata di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan maknanya.

(i) tetamu (ii) sesentuh (iii) bebenang (iv) tetupai (v) lelangit

Tuliskan satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan maknanya.

(i) merebus (ii) memanggang (iii) menggoreng

(iv) menjerang (v) mengukus.

Tuliskan satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menjelaskan maksudnya.

(i) hati (ii) berhati-hati (iii) perhatian (iv) pemerhatian

(v) memperhatikan (vi) pemerhati

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya.

(i) agar - agar-agar (ii) tua - tua-tua

(iii) jarang - jarang-jarang (iv) angkut - angkut-angkut

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(i) Belot – belut (ii) seloroh – seluruh (iii) cocok – cucuk (iv) tempoh – tempuh

Tuliskan dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(i) dahaga (ii) keras ( iii) dalam (v) kering

Tuliskan satu ayat bagi setiap kata dalam pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan

maknanya.

(i) bela – bela (ii) sepak – sepak (iii) rendang – rendang

(iv) semak – semak

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan makananya.

(i) lalu – lalu lintas (ii) jerih – jerih payah (iii) gulung – gulung tikar

(iv) pecah – pecah rumah

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(i) bulat-bulat – membulatkan (ii) rata-rata – meratakan (iii) masak-masak – memasakkan

(iv) terang-terang – menerangkan

Tuliskan satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(i) perjawatan – menjawat (ii) penjelasan – menjelaskan

(iii) penguasaan – menguasai (iv) pelancaran - melancarkan

 

PANDUAN DAN TEKNIK MENYAMBUNG AYAT

Calon-calon akan diminta menyambung atau menggabungkan ayat-ayat pendek dalam petikan supaya menjadi dua, tiga atau empat ayat.

Baca arahan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.

Kesan ayat-ayat yang mempunyai kaitan atau sesuai digabungkan.

Gunakan teknik kata hubung iaitu :

kata hubung gabungan (atau, dan, lalu, maka, serta, tetapi)

kata pancangan (agar, apabila, bahawa, hingga, jikapun, sebelum, sejak, selama dll.)

kata pasangan (baik…ataupun, baik…mahupun, bukan sahaja…. bahkan, dll.)

Gunakan teknik pengguguran perkataan yang sesuai.

Elakkan menggunakan perkataan di mana, yang mana, dari mana.

Jangan bina ayat kuirang atau lebih daripada yang diarahkan.

jangan ubah struktur ayat yang boleh membawa makna yang berlainan daripada maksud asal.

Isi penting dalam sesuatu ayat juga tidak boleh ditinggalkan kerana boleh menjejaskan markah.

Dicadangkan cara menulis jawapan dalam, bentuk:

(a) Bentuk 1 1. ____________________________.

2.____________________________.

3. ____________________________.

(b) Bentuk 2 _________________________. _________________________.

___________________________________________________.

______________________. (Pastikan ada tanda noktah)

Latihan Bengkel:

Sambungkan ayat-ayat pendek di bawah menjadi Tiga ayat sahaja dengan memelihara susunan dan maksud ayat tersebut.

Eksport minyak sawit ke negara China merosot sedikit. Ia berlaku baru-baru ini. Ini

berikutan dengan peristiwa berdarah di negara itu. Kita yakin keadaan akan pulih semula.

Kementerian Perusahaan Utama sedang mengenalpasti beberapa negara baru. Ini

termasuklah negara di Timur Tengah. Tujuannya ialah supaya negara-negara tersebut

dijadikan pasaran bagi eksport minyak sawit kita. Ini memandangkan Malaysia tidak

boleh bergantung kepada negara-negara yang sedia ada sahaja. Malaysia tetap

mempertahankan negara pembeli yang sedia ada. Tujuannya untuk mengelakkan negara-

negara itu daripada beralih mengimport komoditi itu. Negara-negara itu akan melakukan

pengimportan komoditi itu dari negara-negara lain.

(SPM 1992)

 

PANDUAN DAN TEKNIK MEMBETULKAN AYAT

1. Calon diberi ayat yang mengandungi kesalahan yang tidak ditanda/digaris.

2. Jangan ubah struktur ayat. Contoh: "Inilah Yang Berbahagia, Encik Haji Ali," dia   memperkenalkan wakil rakyat itu. – Dia memperkenalkan wakil rakyat itu iaitu YB Tuan Haji Ali.

3. Lazimnya setiap ayat mengandungi 1 atau 2 kesalahan dan setiap satu kesalahan yang dibetulkan mendapat 1 markah. Markah yang tertera pada soalan akan menentukan jumlah kesalahan. Contoh: Sebahagian ahli-ahli pertubuhan itu dikehendaki menghimpun ditempat yang dijanjikan tepat pada pukuk tiga petang..

4. Perkataan yang salah boleh digugurkan dan perkataan itu tidak perlu diganti.

5. Pelajar tidak boleh menambah perkataan lain atau membetulkan perkataan yang salah. Jika ini dilakukan markah akan dipotong.

6. Sebarang kesalahan bahasa juga akan dipotong markah.

7. Jangan menulis kesalahan ayat sahaja tanpa menyalin keseluruhan ayat.Contoh:

   menghimpun - berhimpun (salah)

8. Jenis-jenis kesalahan yang biasa terdapat dalam ayat:

kata ganti diri

kata depan `di’ dan `ke’

bahasa istana

hukum D-M

imbuhan

sendi nama

kata jamak

penggunaan kata

kata ganda

gelaran , dan lain-lain.

 

Latihan Bengkel:

Encik Haji Saari Ali bertugas sebagai Pengetua pada Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras.

Dengan semangat yang berdebar-debar, abak muda-anak muda itu berarak ke perkumpulan raksasa itu.

Saya difahami bahawa beliau telah mengingatkan tentang larangan menukar mata pelajaran pada mesyuarat yang lalu.

Selain mewujudkan peluang perkerjaan, pembinaan projek itu diharapkan dapat mengendahkan lagi kawasan itu.

Ali pergu ke pasar menaiki mini bas.

"Ampun Tuanku, kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih atas persetujuan Tuanku datang ke majlis ini," sembah juruacara itu.

Jejari-jejari gadis itu yang runcing kelihatan sungguh cantik.

Gadis yang memakai mini skirt itu merungut-rungut kerana pemandu bas mini yang dinaikinya memandu dengan laju.

"Malam tadi ku letakkan kunci kereta itu di atas meja ini," kata Haji Leman.

Biarlah kusimpan sebuah penderitaan ini daripada pengetahuan para-para teman.

Sebilangan orang pemandu lori melancarkan mogok secara aman kerana membantah tindakan polis trafik yang menyaman mereka setiap hari.

Kertas itu dicampak di dalam bakul sampah oleh Laili.

Rombongan daripada Sekolah Seri Puteri tiba di Angkasapuri pada pukul 11.00 pagi.

Kunci Pusat Sumber ada dengan Cikgu Mimi.

Mary senyum kepada Palany yang berdiri di bawah pokok mangga itu.

 

PANDUAN DAN TEKNIK MENUKARKAN CAKAP AJUK/PINDAH KEPADA CAKAP PINDAH/AJUK

1. Bentuk soalan pertama ialah menukar cakap ajuk kepada cakap pindah dan bentuk kedua ialah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk. 2 bentuk cakap ajuk yang sering dikemukakan dalam peperiksaan ialah petikan dialog dalam skrip drama dan petikan dialog dalam cerpen.

2. Baca petikan beberapa kali dan fahami isi-isi penting yang terkandung di dalamnya.

3. Jangan prosakan petikan.

4. Jangan gunakan bahasa basahan/pasar/dialek.

5. Jangan buat laporan.

6. Tuliskan jawapan dalam satu perenggan sahaja.

7. Jangan gunakan sinkof seperti dah, dan lain-lain.

8. Patuhi 4 proses:

Penghilangan - Tanda baca seperti pembuka dan penutup pengikat kata ("…."), tanda tanya (?) atau tanda seru (!) dihilangkan.

Penambahan – Anda perlu memberi imbuhan pada kata yang sesuai atau menambah kata-kata tertentu (asalkan tidak mengubah maksud asal) supaya susunan lebih lengkap dan gramatis.

Penukaran – Tukarkan kata ganti nama diri, masa dan tempat kepada bentuk yang sesuai.

Contoh: aku/engkau/anda - dia/saya/mereka

dia/ia/mereka - dia/ia/mereka

Penggantian – Kata seru hendaklah diubah kepada maksudnya. Contoh:

amboi! - Dengan perasaan terkejut/kagum

Eh! - Dengan hairan/terkejut

9. Perkara-perkara lain yang perlu diambilkira:

4 ayat perintah; suruhan, silaan, larangan, permintaan. Contoh: dia menyuruh/melarang dll.

Ayat penyata – Cth: Dia berkata/menerangkan bahawa

Ayat tanya - Dia menanyakan/menyoal/bertanya

Memahami frasa penting. Cth: hello – dia menelefon, baiklah – dia mengiakan.

10. Markah diberi secara impression dengan penekanan pada maksud dan jalinan ayat; jumlah dan susunan isi; kesesuaian perkataan dan teknik pemindahan bahasa.

11. Jawapan dikategorikan kepada 3 iaitu baik (10-12), sederhana (5-8) dan lemah (1-4)

12. Kelemahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah lemah dalam tatabahasa., menyalin bulat-bulat dialog dengan membuang tanda baca, dan isi yang tidak cukup.

13. Bagi aspek menukarkan dialog kepada cakap ajuk, proses penukaran adalah sebaliknya dengan menepati piawai cakap ajuk.

Latihan Bengkel:

SPM1996

Tuliskan semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

"Bagaimana dengan rancangan awak?" tanya Salleh.

"Rancangan apa? jawab Ani.

"Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari," kata Salleh.

"Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan." jelas Ani.

"Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu!"

Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

[10 markah]

 

SPM 1995

Tuliskan laporan di bawah ke dalam bentuk dialog mengikut susunan asal. Gunakan bahasa yang gramatis.

Pada suatu malam, Puan Saodah menelefon ke rumah Datin Rosnah dan panggilan itu disambut oleh anak saudaranya, Ainon. Setelah diminta, Puan Saodah memperkenalkan dirinya selaku Setiausaha Kelab Pencinta Alam Semulajadi atau ringkasnya KEPA. Ainon memberitahu bahawa Datin Rosnah tidaak ada di rumah kerana beliau dan suaminya berada di Pulau Belum untuk merasmikan satu perkhemahan kempen "Cintailah Flora dan Fauna" di pulau tersebut Ainon memperkenalkan dirinya secara ringkas setelah ditanya. Kemudian Puan Saodah bertanya pada Ainon bila agaknya Datin akan pulang. Ainon menerangkan yang Dato’ dan Datin bermalam di Pulau Belum dan Insya Allah akan balik pada tengahari hari esoknya.

Seterusnya Ainon bertanyakan kalau ada apa-apa pesanan untuk Datin. Puan Saodah meminta agar Ainon memberitahu ibu saudaranya yang dia akan datang ke sana pada petang esok untuk berbincang tentang Mesyuarat Agung KEPAS. Ainon berjanji akan menyampaikannya. Puan Saodah mengakhiri perbualan itu dengan memberi salam.

 

                CADANGAN AGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN

No.

Bentuk

Markah

Masa

1

Rumusan

30

35 minit

2

Pemahaman Prosa Moden

30

35 minit

3(a)

Pemahaman klasik

20

25 minit

3(b)

Pemahaman sajak

20

25 minit

4

Tatabahasa

20

25 minit

4 soalan dijawab

 

100

120 minit

Nota:

Masa yang dicadangkan bagi tiap-tiap soalan adalah

        (a) meliputi proses-proses berikut:

(b) membaca dan memahami petikan.

(c) Mengesan isi dan merangka jawapan.

(d) Menulis jawapan.

(e) Menyemak jawapan.

Pastikan anda sentiasa melatih diri menjawab setiap soalan berdasarkan peruntukan masa yang dicadangkan.

 

@ Pengurusan masa yang cekap dan hasil jawapan yang tepat akan menentukan kecemerlangan keputusan yang anda diperolehi.

                                home.gif (2145 bytes)