ani_merpati.gif (35852 bytes)                                                                                                                                          ani_smile.gif (9103 bytes)adi.gif (20099 bytes)

sufaat.gif (4337 bytes)

ALUAN PENGETUA

Tn. Hj. Sufaat b. Tumin

ani_bluline.gif (11170 bytes)

   ani_starchng.gif (3144 bytes) Bagi mencapai hasrat menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (World Class Education) maka kita     memerlukan warga pendidikan iaitu guru dan pelajar yang bertaraf dunia.   Mengikut Rosabeth Mos Kanter (1995) dalam bukunya berjudul "World Class" mereka yang mencapai  tahap "bertaraf dunia" mestilah mempunyai tiga aset utama iaitu 3C's: Concepts (Konsep), Competence (Keterampilan), dan Connections (Hubungan).

 

 ani_starchng.gif (3144 bytes)   Dari segi konsep, seseorang itu mesti mempunyai pengetahuan dan konsep yang terkini dan terbaik.  Manakala dari segi ketrampilan ia harus mempunyai pelbagai kemahiran yang mampu dilakukan dengan piawai yang tinggi di mana sahaja termasuk kemahiran berfikir dan kemahiran generik.  Sementara dari segi hubungan ia mempunyai hubungan yang baik dan luas bukan setakat "local" malahan hubungan secara global.

 

 ani_starchng.gif (3144 bytes)   Justeru, hubungan secara global mempunyai perkaitan dengan menghadapi cabaran ledakan teknologi  maklumat yang akan menguasai dunia dalam alaf ke-3 dan abad ke-21 yang akan tiba tidak berapa lama lagi.  Pada ketika itu masyarakat di dunia akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu negara pembekal maklumat (negara maju) dan negara pengguna maklumat (negara sedang membangun).  Jika kita ingin menjadi negara maju maka kita harus menguasai teknologi maklumat dengan menjadi pembekal kepada produk teknologi maklumat dan sumber maklumat.

 

ani_starchng.gif (3144 bytes)    Sehubungan itu, kita harus mengorak langkah ke arah itu dengan mempelajari dan menggunakan teknologi maklumat seperti komputer dan Internet.  Penubuhan SEMEKAnet merupakan langkah awal ke arah hasrat tersebut, di mana kita akan membangunkan "home page" sendiri yang dapat dirangkaikan dengan sumber-sumber di alam siber.  Dengan ini kita akan menjanakan pengunaan teknologi maklkumat secara lebih meluas di kalangan warga SEMEKA.

 

 ani_starchng.gif (3144 bytes)  P ihak sekolah juga bercadang untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengurusannya dengan merangka program bagi mewujudkan LAN (Local Area Network) di sekolah ini.

 

 ani_starchng.gif (3144 bytes)   Di harap usaha-usaha ini akan dapat merealisasikan hasrat tersebut dan seterusnya mampu menyambung ke arah melahirkan sekolah berkesan.

 

Terima kasih.

Pengetua SEMEKA

      

gr_home.gif (3020 bytes)

ani_bluline.gif (11170 bytes)