Index //Carta // Panitia // Takwim Semeka // Takwim Kurikulum // PMR // SPM

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

semeka.gif (4063 bytes)

ani_book.gif (20400 bytes)KATA-KATA ALUAN

   

EN. MOHAMAD B. MAHADI

GURU PENOLONG KANAN 1

SEK. MEN. KEB. ADELA

ani_bluline.gif (11170 bytes)

SELAMAT DATANG

 ASSALAMUALAIKUM

 

Selamat datang ke laman kurikulum SEMEKANET. Kami amat mengalu-alukan kunjungan  dan mengucapkan terima kasih atas inisiatif anda itu.

 Wadah kurikulum SEMEKA akan memaparkan beberapa maklumat yang saya percaya dapat dikongsi bersama  demi meningkatkan keupayaan pencapaian kurikulum anak-anak didik kita di sekolah.Bermula dengan carta organisasi kurikulum Semeka, keputusan PMR , keputusan SPM, takwim akademik sekolah,

Program-program akademik sekolah  hinggalah  paparan pelajar  terbaik SPM 1998. Namun demikaian, ruang maklumat tersebut bukanlah merupakan noktah terakhir bagi laman kami. Dari masa ke masa input berkaitan kurikulum akan dimuatkan untuk tatapan dan perkongsian dengan para pengunjung Semekanet.

Selain daripada bahan-bahan berbentuk data , InsyaAllah  laman kami juga akan memaparkan artikel-artikel  yang relevan dengan  pendidikan dan kurikulum sebagai mangkin mencanai idea ke arah  pembangunan kurikulum sesebuah sekolah.

 Sehubungan dengan objektif  pemanfaatan maklumat bersama , maka saya  berharap kunjungan anda tidak berakhir setakat kunjungan sahaja.. Sebaliknya akan menyusul komunikasi akademik dua hala secara professional bagi memantapkan lagi usaha-usaha meningkatkan  prestasi para pelajar kita. Justeru anda dipersilakan  bertukar-tukar  maklumat melalui alamat

jjea3045 @ tm.net.my.

 

 

Sekian. Terimakasih.